Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukan parti orang kecewa sepertimana dakwaan sesetengah pihak, kata penyelaras sementaranya, Asmuni Awi.
Asmuni berkata, GHB bukan serpihan PAS kerana ia membawa suara Islam yang lebih segar berbanding parti kedua terbesar orang Melayu itu.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS menegaskan pihak berkenaan tidak perlu rasa terancam dengan kewujudan GHB.
"Itu yang kita kesalkan bahawa sepatutnya selepas mereka berjaya menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak kehendaki daripada PAS itu sepatutnya mereka bergembira.
"Sepatutnya mereka boleh teruskan agenda mereka itu dan biarkan kami teruskan agenda kami apa kami nak buat - kita pun tak faham apa yang mereka hendak sebenarnya ini? Mereka dah halau kita keluar dan macam-macam pula tohmahan, bagi saya ianya tidak sihat," katanya hari ini.
Beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS sudah tersasar dari perjuangan asal dan menjadi parti yang eksklusif.
GHB sedang diusahakan oleh sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu awal Jun lalu untuk menjadi sebuah parti politik yang bakal diumumkan September nanti.
Ia diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dan sedang giat menjalankan siri jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang kewujudan dan halatuju GHB.
BACA: Ahli PAS mempromosi pembentukan parti lain akan digugur keahlian - Tuan Ibrahim
Astro Awani
Fri Jul 24 2015
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sedang giat menjalankan siri jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang kewujudan dan halatuju GHB. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GHB bukan parti serpihan PAS - Asmuni Awi
Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukan parti orang kecewa sepertimana dakwaan sesetengah pihak, kata penyelaras sementaranya, Asmuni Awi.