Dakwaan Pas kemungkinan wujud dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen hanya gimik politik.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berpendapat, ia bagi mengalihkan isu yang melanda Pas ketika ini terutama dalam kes dana RM90 juta dan hubungan Pas dengan UMNO di Semenyih.
"Pada pandangan saya, isu yang dibangkitkan tak lebih daripada gimik politik untuk alihkan pandangan masyarakat terhadap Pas yang kini dikritik berterusan.
"Kalau kita lihat dakwaan Dr Mahathir mengenai Pas tidak sokong calon UMNO di Semenyih, pelbagai pihak dalam parti itu keluarkan kenyataan menafikan ia tidak seperti yang digambarkan oleh Perdana Menteri itu.
"Isu tersebut reda apabila wujud dakwaan singkirkan Dr Mahathir oleh rakan PH," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
BACA: Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin
Dalam satu sidang media baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa dua parti komponen PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Menurutnya, parti itu merasakan ada perkara tidak kena apabila Perdana Menteri bercakap tentang rakan parti dalam PH sebelum ini.
Jelasnya, Pas berikrar memberi sokongan kepada beliau dalam pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu.
BACA: Komplot jatuhkan PM? Saya tak ambil kira - Tun Mahathir
Mengulas perkara tersebut, Ahmad Marthada berkata, soal undi tidak percaya kepada seorang Perdana Menteri bukan isu kecil dan ia perlu dibuat dalam satu perbincangan sulit.
"Setakat hari ini tidak kedengaran tentang perbincangan itu dan jika benar ia berlaku, ia satu kerugian besar kepada parti-parti PH.
"Ahli politik di Sabah dan Sarawak kini menyokong Dr Mahathir. Begitu juga dengan Ahli Parlimen di Semenanjung dan Sabah yang menyertai Bersatu. Ia bukan perkara mudah untuk dilakukan terhadap Dr Mahahir," katanya.
BACA: Saya terpaksa dedah sebab Pas tak tepati janji - Tun M
Ditanya tentang kehadiran pemimpin PH seperti DAP, Amanah dan PKR dalam kempen PRK Semenyih menggambarkan wujud konflik yang berlaku, beliau berkata, ia masih terlalu awal untuk disimpulkan.
"Trend PRK ini kita perlu tahu, biasanya di awal kempen ini calon-calon lebih menonjol dengan sesi perkenalan, program bersama calon dan ceramah kelompok oleh calon. Pimpinan utama ini akan hadir beberapa hari mengundi berlaku.
"Kalau kita lihat BN pun begitu, sekarang ini mereka tidak agresif. Ini kerana dalam tempoh awal ini, pengundi belum membuat keputusan untuk memberikan undi kepada parti mana tetapi keputusan itu akan dibuat dekat dengan hari mengundi. Masa ini, pemimpin utama parti akan mainkan peranan mereka," katanya.
Sinar Harian
Wed Feb 20 2019

Takiyuddin mendakwa dua parti komponen PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Parlimen. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.