Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Hannah Yeoh mempersoalkan mengenai pendirian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sama ada akan terus kekal atau meninggalkan parti itu.
Jelasnya, ia berikutan Khairy sebelum ini dilihat lantang mengkritik UMNO.
Malah, Ahli Parlimen Rembau itu turut tidak keluar dewan bersama Datuk Seri Anifah Aman bagi menyertai anggota parlimen BN yang membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat Julai lalu.
BACA: Tok Pa keluar UMNO: 'This is on you, Mr President' - KJ
BACA: Tok Pa keluar Umno: Kita tidak selalunya betul - Ku Li
BACA: Selepas Tok Pa saya pula tinggalkan UMNO? Ini reaksi Nazri Aziz
“Persoalan Bila KJ akan keluar (UMNO)? Semua orang tunggu sebab kita lihat yang kuat kritik UMNO adalah KJ. Hari itu (sidang Dewan Rakyat) hanya Datuk Seri Anifah dan KJ dalam dewan. Sebagai kerajaan kita perlukan pembangkang yang kuat,” katanya semasa ditemui selepas Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di PICC di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui ketika ini, hanya Khairy yang dilihat masih mampu memberikan kritikan yang membina kepada UMNO.
“Saya tunggu keputusan KJ apa dia akan buat. Dalam UMNO sekarang hanya KJ yang merupakan leader yang still talking sense in UMNO but the akar umbi yang menyokong Datuk Seri Zahid Hamidi sangat kuat,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan keluar parti adalah perkara normal apabila agenda perjuangan tidak lagi selari dengan pendirian mereka.
“Saya rasa orang keluar masuk parti adalah normal. Apabila kita rasa pendirian atau agenda kita sudah berbeza dengan parti, mereka akan keluar. Kalau mereka lihat parti itu tiada keupayaan untuk berubah atau tiada hala tuju. Ini normal,” ujar beliau.
Hannah menambah, sebagai kerajaan, PH memerlukan pembangkang yang kuat dan mampu memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan negara.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 19 2018
Menurut Hannah, hanya Khairy yang dilihat masih mampu memberikan kritikan yang membina kepada UMNO. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.