Keutamaan UMNO adalah adalah perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa dan tetap percaya bahtera parti perlu terus dikemudi.
Ucapan itu disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dalam majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.
"Apabila Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) digugurkan, UMNO Johor mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Perdana Menteri.
"UMNO Johor mengambil ketetapan bahawa urusan Kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung, walaupun pada hakikatnya ada dalam kalangan kami yang terluka," ujar Khaled.
Beliau berucap di hadapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang buat julung-julung kali hadir merasmikan mesyuarat UMNO bahagian itu.
"UMNO hanya ada satu nakhoda iaitu Presiden UMNO dan kita mesti berikan kepercayaan untuk mengemudi bahtera ini," katanya sambil menambah rasa hormat UMNO Johor tidak akan berkurangan kepada Muhyiddin.
Khaled juga bercakap tentang 'cara Johor' dalam menangani situasi tersebut iaitu mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO.
Khaled juga menyeru agar Muhyiddin terus dihormati dan berharap beliau terus bersama mendukung perjuangan UMNO.
"Inilah UMNO Johor. Mementingkan nilai, berbudaya tinggi dan teguh pada prinsip. Kerana itu UMNO terus diyakini di Johor.
"Menurut biar berakal, menentang biar beradab," kata Khaled.
Hamzah Hamid
Sun Aug 09 2015

KHALED: UMNO Johor mengambil ketetapan bahawa urusan Kerajaan asalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung, walaupun pada hakikatnya ada dalam kalangan kami yang terluka. -Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.