Memastikan rakyat selamat menerusi pelaksanaan hudud adalah lebih penting daripada memenangi pilihan raya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, perjuangan parti itu bukan hanya berlandaskan politik, tetapi adalah untuk keselamatan rakyat sepanjang masa.
“Kita tak menang pilihan raya pun tak apa asalkan rakyat selamat. Berbeza dengan orang yang hendak menang pilihan raya… huru-hara pun tak apa,” ujar beliau pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ anjuran Sinar Harian pada Rabu.
Tegas Abdul Hadi, beliau mahukan negara ini selamat dan tiada keinginan untuk berebut kuasa menjadi pemimpin.
Katanya, ramai dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju dengan hudud kerana mereka takut kehilangan pengundi-pengundi bukan Islam.
Namun, kata beliau pada masa kini sudah ada dari kalangan yang bukan Islam menyokong pelaksanaan undang-undang syariah termasuk hudud hasil dari sesi dialog yang kerap diadakan sebelum ini.
“Tapi ada orang ni takut (PR) tak menang di Sarawak… (dan mereka) nak menang di Sarawak. Tetapi kita perjuangan bukan hanya politik, tapi untuk perjuangan rakyat sepanjang masa,” kata Abdul Hadi lagi.
Bulan lalu, DAP Sarawak telah bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri itu selepas kerajaan negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen mendakwa bahawa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama Pakatan Rakyat dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Selain itu, kenyataan Abdul Hadi hari ini juga menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tujuan pelaksanaan hudud oleh PAS itu adalah kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.
Kata Dr Mahathir, ia bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS’ dan bukan dilaksanakan atas nama Islam.
“Kalau ada orang sebut (hudud) ni sebagai hudud PAS, maknanya dia tidak faham apa itu hudud,” tambah Abdul Hadi.
Haider Yutim
Wed Apr 22 2015
Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju dengan hudud kerana mereka takut kehilangan pengundi-pengundi bukan Islam.
AWANI Ringkas: Unit baharu tangani jenayah komersial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
AWANI Ringkas: APEC 2024 | PM Jumpa Wakil Google
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di lebuh raya
Dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic mengalami kecederaan, dengan seorang tersepit di tempat duduk pemandu.
Pengurus syarikat didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah
Seorang pengurus syarikat didakwa atas pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen dan menghasilkan penerbitan bahan lucah menggunakan mesin cetak.
Hafiz Suip fokus jaga ibu terlantar sakit
Hafiz berkata pilihannya untuk menetap di Kuching adalah disebabkan mahu menjaga ibunya yang kini terlantar di hospital akibat masalah paru-paru berair.
Peniaga jual ikan selayang 20 sen bantu orang ramai
Wan Ahmad berkata jualan murah itu bertujuan membantu masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan menjimatkan perbelanjaan dapur.
Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
[KOLUMNIS] Palestin Merdeka: 36 tahun menanti kebebasan hakiki
Sebagai umat Islam, kita perlu bersatu dan memahami bahawa perjuangan kemerdekaan Palestin adalah perjuangan yang jelas dan nyata.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.