Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015, atau hukum hudud dan kisas, sepenuhnya di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, pihaknya hanya menunggu "lampu hijau" selepas Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan di Parlimen, sebelum ia dapat dikuatkuasakan di Kelantan.
Bahkan, katanya, kerajaan Kelantan setiap tahun membelanjakan RM1 juta bagi melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen sejak RUU 355 diperkenalkan.
"Kerajaan bersungguh-sungguh sebenarnya. Kita peruntukkan RM1 juta setahun bagi memenuhi keperluan asas dan material.
"Kita bergerak peringkat ke peringkat dahulu. Kita sudah pisahkan jabatan dan pendakwaan. Kita buat pindaan tatacara.
"Cuma tinggal apabila (dapat) lampu hijau, kita buat," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Hududullah peringkat Kelantan di sini pagi ini, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas menjelaskan, pihaknya sudah bersedia ke arah melaksanakan hukum Allah itu sepenuhnya.
Usul RUU persendirian tersebut mula dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei, 2016.
Kali kedua usul berkenaan dibacakan buat kali pertama ialah pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Ke-4 Parlimen iaitu pada 17 Oktober, 2016.
Pada 6 April 2017, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan perbahasan RUU 355 ditangguh ke sidang Dewan Rakyat seterusnya selepas dibentangkan Abdul Hadi.
Muhafandi Muhamad
Fri Dec 29 2017
Kerajaan Kelantan sudah bersedia sepenuhnya ke arah melaksanakan hukum Allah di negeri itu. - Gambar hiasan
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
Dasar Kanak-Kanak Negara baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.