Buat masa ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO. Namun, adakah penyingkiran veteran politik ini bakal menjurus kepada berlakunya kemelut dalam parti memerintah itu?
Astro AWANI mengimbas kembali pergolakan kepimpinan UMNO yang pernah berlaku pada 1987 dan 1998.
1987
UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya pergolakan kepimpinan UMNO pada tahun 1987.
Ia menyaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi merebut jawatan Presiden UMNO.
Walau bagaimanapun, Tengku Razaleigh tewas dengan perbezaan 43 undi.
Seramai 11 ahli UMNO seterusnya memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengadakan pemilihan semula.
Mahkamah bagaimanapun mengiystiharkan UMNO haram.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya mendaftar satu pertubuhan dengan nama UMNO baru pada 13 Februari 1988.
Tengku Razaleigh pula menubuhkan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46
Bagaimanapun Semangat 46 dibubarkan pada 1996 dan Tengku Razaleigh kembali ke UMNO.
1998
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dipecat dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.
Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.
Pemecatan Anwar melihat UMNO sekali lagi berpecah.
Gelombang reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar melahirkan Parti Keadilan Nasional.
Setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, ia dinamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
PKR kekal sebagai salah satu komponen parti pembangkang sehingga kini.
2015
Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai, 2015.
Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengumuman rombakan kabinet tersebut menjelaskan, keputusan diambil setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran negara.
Keputusan penyingkiran Muhyiddin juga dibuat bagi memastikan barisan jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu
Susulan pengumuman itu, Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan satu kenyataan meminta agar semua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO agar memberi kepercayaan penuh kepada Najib.
Adnan menambah, keputusan Najib itu tidak perlu dipersoalkan.
Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan.
Linda Salim
Tue Jul 28 2015
Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning dalam ijazah sarjana, di mana pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam situasi dunia sebenar.
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
AWANI Ringkas: RUU pekerja gig | Kerjasama Malaysia-Vietnam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.