Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa masih belum menandatangani Borang 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan undi) bagi mengesahkan kemenangan parti itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengumuman kemenangan mana-mana parti hanya akan dapat dilakukan jika dokumen berkenaan ditandatangani SPR melalui Ketua Tempat Pengundi (KTM).

Tun M: Secara tak rasmi, kami sudah dapat 6 negeri: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, N.Sembilan, Johor, Kedah. Kami juga sudah lepasi 112 kerusi Parlimen, tapi Pegawai SPR sengaja tangguh tandatangan borang untuk rasmikan keputusan @501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/QyknKbluE0