Anggota 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah kenyataan "menghina orang Bugis" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta mendesak bekas perdana menteri itu memohon maaf.
Anggota 25 NGO itu yang bernaung di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri (GABUNG) Johor berikrar akan terus mengadakan perhimpunan secara aman dan menghantar memorandum bantahan selagi Dr Mahathir tidak memohon maaf, serta akan membuat laporan polis.
Naib Presiden merangkap Ketua Penerangan GABUNG Johor Abdullah Md Yusof berkata pihaknya tidak menyangka kenyataan sedemikian boleh dilontarkan seorang bekas pemimpin negara yang pernah menyuarakan perpaduan tetapi kini bertindak memecahbelahkan masyarakat.
"Kaum mana yang tidak marah kalau digelar sebagai lanun? Sebagai seorang pemimpin, beliau (Dr Mahathir) seharusnya lebih sedar akan kesan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dapat menjejaskan perpaduan dan keamanan negara.
"Walaupun kami hanya NGO, tetapi kami mewakili 850 persatuan NGO pelbagai kaum dengan lebih 200,000 orang ahli. Kami minta Dr Mahathir untuk segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perkara ini telah tersebar luas dan telah banyak menyakitkan hati pelbagai lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Presiden GABUNG Johor Zaini Atan berkata kenyataan itu turut memberi kesan terhadap generasi muda berketurunan Bugis.
Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Najib dengan menyebut sebagai keturunan "lanun Bugis".
BACA: Dakwaan hina Bugis: 'Saya tidak akan minta maaf' -Tun Mahathir
Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan itu.
Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Najib dengan menyebut sebagai keturunan "lanun Bugis". - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Isu Bugis: GABUNG desak Dr Mahathir mohon maaf
Anggota 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah kenyataan "menghina orang Bugis" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.