Dakwaan Wan Asshima Kamaruddin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) disifatkan karut semata-mata.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu itu tidak pernah timbul selain menghairankan kerana ia kononnya didedahkan selepas bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang itu keluar parti.
"Saya sendiri tidak pernah dengar perkara karut itu. Macam mana dia boleh tahu, kecuali dia (yang) buat.
"Macam mana dia boleh tahu orang lain buat khalwat dan sebagainya. Saya rasa ini setelah dia keluar daripada UMNO, masuk parti lain baru hendak bercerita pasal ini.
"Kalau dia betul-betul jujur waktu itu dia sudah bercakap dah. Dia sudah tegur kalau perkara ini berlaku," katanya ketika sidang media selepas melancarkan Program 'Back To School' Yayasan Pelajaran Mara (YPM)@KKLW 2018 dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO di sini, hari ini.
Sebelum ini, portal berita rasmi pembangkang melaporkan gesaan seorang bekas anggota UMNO yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.
Portal itu memetik kenyataan Wan Asshima yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.
Dalam pada itu jelas Ismail, Wan Asshima tidak boleh dipercayai kerana bercakap tanpa menggunakan fakta.
Ismail turut mengakui tidak pernah mendengar cerita khalwat itu berkenaan Puteri atau Pemuda UMNO.
"Saya jadi Ketua Pemuda lapan tahun, Exco Pemuda empat tahun, tidak pernah saya dengar cerita pasal ini. Jangan dengar cerita karut ini," tegasnya.
Dalam laporan itu juga, Wan Asshima turut mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.
Wan Syamsul Amly
Tue Dec 05 2017
![Jangan dengar cerita karut ada maksiat di PAU - Ismail Sabri Jangan dengar cerita karut ada maksiat di PAU - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51500604674_IsmailSabriYaakob.jpg)
ISMAIL: Saya jadi Ketua Pemuda lapan tahun, Exco Pemuda empat tahun, tidak pernah saya dengar cerita pasal ini. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735901024_TBNAIMMOKHTAR.jpg)
JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid
JAWI diarahkan menilai semula SOP keselamatan masjid susulan kejadian seorang lelaki kurang siuman menggangu jemaah di Masjid At-Taqwa TTDI, Rabu lepas.
![JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735536975_TBurusjenazah.jpg)
JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan
Mohd Na'im berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
![Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735448244_TBtanahkubur.jpg)
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.
![Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708827701_TBsolatsubuh.jpg)
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711584357_AkademiAlQuran.jpg)
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
![Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…” Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710065840_TBRUHAINIES.jpg)
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
![Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709969192_tbJawi.jpg)
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
![Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708077471_TBMOHDNAIMMOKHT.jpg)
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
![JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699342761_WargaEmas.jpg)
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.