Seluruh pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempermainkan dan mengkhianati amanah yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dengan menjalinkan pakatan baharu bersama parti pembangkang, untuk membentuk kerajaan pintu belakang.
Demikian disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, yang menyifatkan ia satu tindakan gelojoh pemimpin-pemimpin tertentu, sama ada dari PH, Pas, UMNO atau parti pembangkang lain, yang mempunyai agenda peribadi untuk memiliki semula kuasa mentadbir Malaysia.
Beliau menasihatkan mana-mana pemimpin PH yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi parti dan mahu membentuk "pakatan baharu," supaya menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat yang baharu dan sah daripada rakyat.
"Saya daripada dulu sebut bahawa, kita kena hormati mandat rakyat. Mandat rakyat adalah Pakatan Harapan. Jadi, kalau kita betul tak setuju, tak puas hati, tunggulah mandat rakyat semula. Jadi, masa mandat rakyat itu adalah dalam pilihan raya akan datang.
"Sekarang ini, yang disebut Pakatan Nasional ini, adalah disebabkan ada agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa. Dia nak kuasa. Kalau pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat tak sokong (pembangkang), rakyat pilih mereka sebagai pembangkang pada masa ini, tetapi mereka nak berkuasa (dengan segera)," katanya.
Ismail berkata demikian menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya.
Tambahnya, apa-apa tindakan membentuk koalisi Pakatan Nasional atau "kerajaan pintu belakang" adalah perkara yang tidak boleh dihormati rakyat sama sekali.
Ia bukan sahaja merampas kuasa daripada parti yang sah dipilih menerusi mandat rakyat bahkan melanggar amalan dan kesuburan sistem demokrasi yang diamalkan negara.
"Mulanya bentuk Muafakat Nasional, yang itu sama-sama pembangkang. Dalam kerajaan pun, ada yang gatal (kemaruk kuasa) itu dalam Pakatan Harapan, join sekali, jadi Pakatan Nasional.
"Jadi, pada saya, apa pun yang terjadi kita tak respect lah. Kalau betul pun berlaku macam Perak dulu, maka kita rasa, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem demokrasi yang kita amalkan," jelas beliau.
Amanah Kedah kini memiliki empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Kedah.
Parti terbabit berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu bersama-sama Bersatu (6 kerusi DUN), PKR (7 kerusi DUN) dan DAP (1 kerusi DUN).
Manakala di pihak pembangkang, Pas memiliki kerusi DUN tertinggi di negeri itu dengan 15 kerusi, diikuti Barisan Nasional (2 kerusi DUN).
Abdul Hadi Che Awang
Sun Feb 23 2020
ISMAIL: Tunggulah mandat rakyat semula.
Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
Terowong lebuh raya terpanjang di dunia selesai dikorek di Xinjiang
Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya terpanjang di dunia, selesai ditembusi pada pagi Isnin, membuka jalan kepada pembukaan jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China,
Setiausaha Agung PBB beri amaran tentang kemusnahan iklim
Guterres berkata 10 tahun terpanas dalam rekod berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.
Nahas Jeju Air: Keluarga desak pihak berkuasa cari, keluarkan mayat mangsa
Salah seorang ahli keluarga mangsa, Park Han Shin, meminta kerajaan menghantar lebih ramai pakar untuk membantu mencari dan mengeluarkan mangsa dari kawasan nahas.
Juruterbang lapor pelanggaran burung sebelum nahas
Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sebelum pendaratan cemas.
Sistem 'tier' hospital swasta mampu kurangkan beban kos rawatan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRDP Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar, berdasarkan sistem, hospital swasta yang menawarkan sistem bertaraf tinggi dikelaskan di peringkat teratas manakala hospital swasta dengan perkhidmatan sederhana dan mampu milik ditempatkan di peringkat terbawah.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Tun Juhar Mahiruddin telah memberi jasa dan sumbangan yang amat besar kepada Sabah sepanjang 14 tahun menjadi Yang Dipertua Negeri
PM Anwar sampai amanat tahun baharu 9 malam Selasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam Selasa.
Dua geng curi motosikal tumpas
Polis menumpaskan dua geng mencuri motosikal dikenali sebagai Geng Awey dan Geng Alep apabila berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dalam serbuan berasingan melalui Op Lejang di ibu negara.
Dakwa ada aktiviti mencurigakan di Bukit Enggang, Amanah Kedah desak siasatan
Amanah Kedah menggesa siasatan menyeluruh oleh agensi yang berkaitan dilakukan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik selepas mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan itu.
'Pemimpin, ahli keluar Amanah selamat maju jaya' - Mat Sabu
Mohamad Sabu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada beberapa pimpinan dan ahli Amanah di Kedah yang bertindak keluar daripada parti itu berikutan pemecatan pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah
Bersatu dilihat lemah apabila isu kepimpinan nasional berbeza dengan yang diputuskan di peringkat negeri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
Datuk Dr Ismail Salleh berkata, usaha membentuk pakatan baharu agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat baharu dan sah daripada rakyat.