UMNO tidak boleh sama sekali memandang ringan setiap serangan yang dihadapi daripada musuh tradisi parti dan bekas rakan seperjuangan UMNO sendiri.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdullah berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah perjuangan 'hidup atau mati' bagi melihat kelangsungan parti selepas proses demokrasi itu berlangsung.
"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir.
"Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin UMNO ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan UMNO mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka.
"Penubuhan parti baharu oleh bekas pimpinan kanan UMNO ini sedikit sebanyak dilihat boleh menjejaskan kesepaduan dalam kalangan kepemimpinan dan ahli parti," katanya dalam ucapan menyokong ucapan dasar Ketua Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sehubungan itu kata Mizma, PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup mati parti.
"Sebagai ahli yang setia, kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.
"Maka, mendukung presiden adalah mendukung kekuatan UMNO, kekuatan UMNO bermakna kekuatan agama, bangsa dan negara. UMNO perlu diperkasakan dengan pendekatan baru, demi kedaulatan bangsa dan negara.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)
"Wanita UMNO tidak perlu keliru, Wanita UMNO tidak lagi berjuang kepada pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, Melayu memang mudah lupa. Tidak payah sebut siapa. Semua orang tahu. Inikah maruah pemimpin, inikah harga diri yang disebut sebagai jati diri seorang pemimpin?" tegasnya.
Tambahnya, Wanita UMNO Sabah turut menolak usaha pihak tertentu yang mahu menangguk di air keruh dengan menggunakan mana-mana kuasa asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 30 2016
MIZMA: PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup mati parti. - Gambar fail
AWANI 7:45 [7/01/2025] – Bumbung Axiata Arena bocor | Sindiket pemerikasaan Kenderaan berat| Misi JS-SEZ | Nahas udara global
Laporan berita padat dan ringkas # AWANI 7:45 bersama Essan Yahya
1. Apa dah jadi? bumbung Axiata Arena bocor, Terbuka Malaysia terganggu
2. Penyanyi asal bae so bae antara yang bakal didakwa di Narathiwat minggu depan
3. Lebih 30 peratus kerja di Malaysia dipengaruhi AI dalam 10 tahun
4. Nahas udara naik mendadak, 334 terkorban kemalangan penerbangan
1. Apa dah jadi? bumbung Axiata Arena bocor, Terbuka Malaysia terganggu
2. Penyanyi asal bae so bae antara yang bakal didakwa di Narathiwat minggu depan
3. Lebih 30 peratus kerja di Malaysia dipengaruhi AI dalam 10 tahun
4. Nahas udara naik mendadak, 334 terkorban kemalangan penerbangan
Agenda AWANI: #VM2026: Magnet pelancongan serantau
Sejauh mana optimisnya kemampuan Malaysia untuk capai sasaran 35.6 juta pelancong antarabangsa menerusi kempen Visit Malaysia 2026? Apa strategi untuk pastikan pelancongan mampan dan berimpak tinggi dalam VM2026 ini? Diskusi 9 malam
Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelajar tingkatan lima
Kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Dis 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.
AWANI Ringkas: Dua guru tadika minta dibicarakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Januari 2025
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
Agenda AWANI: JS-SEZ: Kerjasama unik, saling untung
Bagaimana Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat mengubah dinamik ekonomi rentas sempadan dan apa mekanisme yang diperlukan untuk memastikan limpahan ekonomi yang berkesan dan kerjasama saling untung buat Malaysia dna Singapura? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Menjelang pendakwaan, tahap keselamatan penjara dipertingkat
Wakil Astro AWANI Kelantan turun padang masuk ke Narathiwat, Selatan Thailand bagi melihat pelbagai aspek dan sudut khususnya mengenai keselamatan penjara menjelang pendakwaan enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana kes dadah dan bakal didakwa 14 Januari ini.
Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.
'Jangan pandang ringan serangan bekas pemimpin' - Wanita UMNO Sabah
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah perjuangan 'hidup atau mati'menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdulla.