Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta rakyat terutama golongan belia di Sabah supaya tidak termakan dengan pembohongan dan harapan palsu Parti Warisan Sabah (Warisan) yang kononnya mahu membawa perubahan kepada negeri itu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, parti pembangkang baharu itu tidak boleh mengatasi kebolehan BN dalam memberi perubahan dan menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan belia.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyeru golongan belia di Sabah supaya berfikiran rasional untuk terus berada di belakang kerajaan bagi menyokong segala usaha pembangunan.
"Apa yang Warisan dapat memberi kepada orang muda adalah harapan palsu, bahawa mereka akan hamparkan janji-janji manis demi mencapai matlamat mereka.
"Tetapi perubahan yang kita sebut ini sedang berlaku (di bawah Kerajaan BN) dan kita telah melihat bagaimana perubahan ini sedang dilaksanakan bukan hanya sahaja projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tetapi juga dari sudut pengumuman belanjawan tahun depan yang mana Sabah menerima peruntukkan besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di Dewan Tapak Warisan Monsopiad, Penampang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai potensi Warisan yang didakwa menerima sokongan kuat daripada golongan anak muda terutamanya dalam kalangan suku kaum Kadazan Dusun Murut, di negeri ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, Kerajaan BN berada di landasan yang betul dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
"Komitmen kita dari segi naik taraf kemudahan asas, naik taraf sekolah-sekolah luar bandar dan penyelarasn harga barang bukan janji manis tetapi merupakan komitmen Kerajaan BN," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sun Nov 12 2017
Khairy mahu golongan belia tidak termakan dengan harapan palsu pembangkang. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 29 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 cedera dalam kemalangan berangkai melibatkan 53 kereta
Menurut pihak polis tempatan pada Khamis, kemalangan itu berlaku sekitar jam 5:50 petang hari rabu waktu tempatan.
Banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka ragut 12 nyawa
Banjir dan tanah runtuh di bahagian timur dan tengah Sri Lanka mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa.
Tragedi berlaku selepas hujan lebat melanda Sri Lanka sepanjang tiga hari lalu.
Tragedi berlaku selepas hujan lebat melanda Sri Lanka sepanjang tiga hari lalu.
9 terbunuh, 40 rumah tertimbus akibat tanah runtuh
Penolong Ketua Pegawai Pentadbiran bagi daerah Bulambuli, Ramazan Twalla berkata, tanah runtuh itu melanda tiga daerah kecil pada malam rabu, menimbus kira-kira 40 rumah.
Banjir kilat di Pulau Sumatera ragut paling kurang 20 nyawa
Pasukan penyelamat Indonesia menemukan sekurang-kurangnya 20 mayat dan sedang mencari dua penduduk kampung yang masih hilang selepas banjir kilat di Pulau Sumatera.
Operasi pencarian bertambah sukar apabila bencana itu menyebabkan lumpur dan batu-batu jatuh dari lereng gunung.
Operasi pencarian bertambah sukar apabila bencana itu menyebabkan lumpur dan batu-batu jatuh dari lereng gunung.
Israel langgar perjanjian gencatan senjata di Lubnan
Walaupun Israel dan Hezbollah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Selatan Lubnan berkuat kuasa 27 November, serangan terus dilancarkan tentera rejim zionis di beberapa kampung.
Keamananan Asia Barat hanya akan dicapai apabila Palestin Merdeka
Keamanan di Timur Tengah hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat.
BNM arah ITO semak kenaikan premium, pastikan harga wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis, ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis, ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
Jalan putus di Padang Terap, penduduk terperangkap
Banjir yang semakin memburuk di Kedah telah menyebabkan ramai penduduk terperangkap apabila beberapa jalan utama terputus dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.