Usaha kerjasama politik antara UMNO-PAS yang menjuruskan kepada penyatuan umat tidak harus dicuriga sebaliknya perlu dilihat secara lebih positif dalam konteks kepentingan negara bangsa.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, persepsi dan andaian dengan menjadikan sejarah hubungan UMNO-PAS yang pernah bersatu dalam gagasan Barisan Nasional (BN) tidak perlu diungkit dan dijadikan alasan untuk menggagalkan usaha tersebut.
"Ada kalangan pemimpin PAS menjadikan sejarah lalu sebagai dendam politik untuk menolak pelawaan UMNO, ini tidak membawa keuntungan kepada kepentingan sejagat.
"Semua pihak sama ada dalam kepimpinan UMNO dan PAS hendaklah melihat keutamaan penyatuan orang Melayu dan umat Islam sebagai kerangka utama dalam merintis jalan penyatuan tersebut.
"Kita kena mengambil pendekatan positif dan realistik dengan melihat kepada kepentingan umat Islam dan negara bangsa, sentimen politik kepartian sewajarnya diketepikan," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali turut mengulangi bahawa pemimpin UMNO sentiasa bersikap ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan PAS tanpa dipengaruhi oleh agenda atau kepentingan kumpulan tertentu.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegur sikap sesetengah pemimpin PAS yang dikatakan menunjukkan kesangsian terhadap keikhlasan UMNO.
"Sikap segelintir pemimpin PAS yang seolah-olah 'keras kepala' untuk tidak mengadakan kerjasama dengan UMNO sesuatau yang amat mendukacitakan.
"Ketika Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kelihatan positif dan menerima pelawaan UMNO, ada pula sesetengah pemimpin Pas mencurigai usaha tersebut, ini boleh merencatkan usaha kerjasama tersebut," tegasnya.
Awal bulan ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa berucap pada sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO secara terbuka telah menghulurklan salam perpaduan dan kerjasama dengan PAS.
Tindakan Najib telah mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli-ahli UMNO termasuk peringkat akar umbi dan orang Melayu keseluruhannya yang melihat sikap keterbukaan UMNO itu memberi impak besar terhadap kepentingan orang Melayu di negara ini.
Selain Haji Hadi, beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Dewan Ulamak parti itu turut menyambut baik pelawaan Najib sambil menegaskan PAS bagaimanapun perlu mengkajinya secara terperinci bentuk kerjasama tersebut.
Menurut Syed Ali lagi, penyatuan dan kerjasama politik antara UMNO-PAS akan menjadi dimensi baru dalam senario politik Malaysia terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Kerjasama UMNO-PAS akan menjadi persekitaran politik orang Melayu bertambah mantap kearah pengukuhan umat, ini perlu diberikan sokongan dan dokongan semua pihak," tegasnya.
Dalam pada itu, ketika mengulas kerenah DAP dan parti AMANAH yang menentang usaha PAS menjalin kerjasama dengan UMNO, Syed Ali menjelaskan kedua-dua parti pembangkang itu amat bimbang mereka akan terhakis sokongan orang Melayu pada PRU akan datang.
"DAP menagih ihsan PAS di kawasan pengundi Melayu dan apabila PAS sudah tidak lagi bersama pakatan pembangkang, ianya memberi satu ancama baru kepada DAP," ujarnya.
Astro Awani
Sun Dec 27 2015
SYED ALI: 'Jangan ungkit kisah lama untuk gagalkan kerjasama UMNO-Pas' - Gambar fail
Inisiatif tingkat kesedaran berkoperasi dalam masyarakat diperluaskan - Ewon
Inisiatif meningkatkan kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi penganjuran MASKOP.
Selangor bangun KUSEL untuk selaras, susun sistem pemetaan utiliti bawah tanah - MB
Selangor telah membangunkan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sejak 2020 bagi menyelaras dan menyusun sistem pemetaan utiliti di bawah tanah negeri ini.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.
Insiden tanah jerlus perlukan siasatan peringkat tinggi, langkah pencegahan - Lee
Lee berkata insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India memerlukan siasatan menyeluruh bagi menentukan puncanya dan pelaksanaan langkah berkesan untuk mencegah perkara itu daripada berulang.
5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, digaji di bawah perkongsian MDEC, NASSCOM
Tujuh syarikat antarabangsa India di Malaysia komited untuk melatih dan menggaji 5,000 rakyat Malaysia dengan termeterainya MoU antara MDEC dan NASSCOM.
Penduduk bergelut bersihkan lumpur tebal
Penduduk kampung yang terjejas dalam kejadian kepala air di Slim Village dekat Slim River, Tanjong Malim terpaksa bekerja keras untuk membersihkan barangan yang rosak akibat kesan lumpur di rumah mereka.
PM tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bandar Seri Begawan malam tadi untuk lawatan kerja dua hari bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei, satu mekanisme peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
10 Berita Pilihan - (25 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 26 Ogos 2024
Tumpuan Isnin – 26 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras
Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Hanya Cheras, Nilai masih catat bacaan IPU tidak sihat setakat 6 petang ini
Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
Jerebu: Kawasan dengan IPU tidak sihat menurun kepada 12
Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat menurun kepada 12 setakat 3 petang Isnin.