Pelbagai janji ditaburkan Pakatan Harapan sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan rakyat, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
Beliau berkata ini terbukti apabila janji pakatan pembangkang yang ditabur pada pilihan raya umum yang lalu masih tidak ditunaikan sehingga hari ini walaupun mendapat kuasa memerintah di beberapa negeri.
"Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi kestabilan ekonomi dan politik serta sudah terbukti mampu menjaga kebajikan rakyat serta kemakmuran negara sehingga ke hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas
BACA: MyPPP akan tampil calon disukai dan mendapat sokongan akar umbi - M.Kayveas
Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjumlah RM500,000 kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan, rumah ibadat, sekolah serta rumah anak yatim dari Cameron Highlands, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
Kayveas yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan mengambil contoh, sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membelanjakan sejumlah wang untuk meningkatkan industri pengangkutan awam di negara ini.
Beliau berkata projek Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dilaksanakan kerajaan adalah demi meningkatkan kualiti hidup seterusnya memberi kemudahan pengangkutan selesa kepada rakyat.
Sehubungan itu Kayveas mengingatkan rakyat agar jangan mudah terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang hanya pandai membuat janji-janji manis tetapi tidak mampu melaksanakannya.
Berhubung sumbangan itu, beliau berkata: "Terima kasih kepada perdana menteri dan ICU yang prihatin terhadap rakyat kerana dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkenaan untuk melaksanakan program atau aktiviti masing-masing”.
Bernama
Sun Jul 16 2017

KAYVEAS: Pelbagai janji ditaburkan Pakatan Harapan sekiranya memenangi PRU14 kelak hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati, kata M. Kayveas. - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

MyPPP akan kemuka rayuan - Kayveas
MyPPP yang berdepan pembatalan pendaftaran parti oleh RoS akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP
Keputusan itu dipersetujui dan disahkan sebulat suara semasa mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

'Tujuh bulan tiada mesyuarat, pakatan DAP, PKR dan PAS makin rapuh'
Mesyuarat amat penting dalam memastikan setiap urusan dan pentadbiran berlangsung lancar, namun tentunya ada sesuatu yang tidak kena PKR,DAP dan PAS tidak mengadakan pertemuan dalam masa tujuh bulan.

BN Selangor terima positif teguran Tun M - Noh Omar
BN Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.