Berdarah Pan Asian, ramai yang tidak percaya bahawa wanita ini berasal dari Kiulu, sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah.
Jo-Anna berdarah kacukan dimana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya warga British.
Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.
Sewaktu itu, Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, mengambil peluang itu untuk meneruskan khidmatnya untuk rakyat Sabah.
Kenapa anak kelahiran Sabah ini digelar sebagai 'beauty with brains'? Berikut adalah lima fakta yang anda perlu tahu mengenai Jo-Anna:
1. Jo-Anna merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.
Semasa di London, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan perkhidmatan penstriman muzik Samsung, Milk Music, untuk Malaysia dan Indonesia.
Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dua tahun lalu.

3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik berprestij di Sabah.


