Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur.
"...bagaimanapun, senarai nama itu akan hanya diketahui pada 22 Feb (Isnin) ini... anda semua tunggulah pada tarikh itu (untuk mengetahuinya)," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah di Padang Kerasak, Naka di sini, yang terbakar pada Ahad lepas.
Majlis mengangkat sumpah exco dan pengurniaan tauliah pelantikan itu dijadual berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Mengenai kebakaran sekolah itu, Ahmad Bashah berkata beliau akan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri supaya membantu membangunkan semula sekolah agama itu.
"Kerajaan negeri telah memberikan bantuan segera sebanyak RM100,000 dan pihak-pihak lain juga ada membantu. Saya akan mengarahkan syarikat-syarikat GLC untuk turun tengok dan bantu," katanya.
Beliau berkata apa yang penting adalah melihat pelajar-pelajar itu dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Dalam kebakaran kira-kira 5 petang itu, beberapa blok bangunan termasuk asrama lelaki musnah dalam kebakaran itu yang mengakibatkan kerugian lebih RM1 juta.
Kesemua 200 pelajar selamat dalam kebakaran itu.
Bernama
Fri Feb 19 2016

Senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Imbuhan RM50,000 setiap pemain, jika Kedah julang Piala Malaysia
Pemain Kedah dijanjikan RM50,000 seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam ini.