Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh akan memberi penjelasan sewajar terhadap perkara yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
"Mana yang boleh kita jawab, kita jawab. Itu tanggungjawab sebagai jentera BN. (Namun) tak payah kita tumpukan kepada apa yang beliau (Dr Mahathir) sebut, tapi lebih kepada apa yang kita tahu berlaku di bawah.
"Itu lebih baik dan menjurus kepada pengundi di kawasan itu (Rompin dan Permatang Pauh)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama 600 warga Institusi Pendidikan Daerah Rompin di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran kerajaan.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khir Mohamad Yusof, Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail dan calon BN pada PRK Rompin, Datuk Hasan Arifin.
Ditanya sama ada kritikan Dr Mahathir akan memberi kesan buruk kepada BN pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata ia terserah kepada jentera parti untuk turun ke akar umbi bagi memberikan penerangan.
Kebelakangan ini, Dr Mahathir menerusi media dan laman sosial mempersoalkan pentadbiran negara, termasuk memberi saranan supaya perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bermula pada 1 April lalu ditarik semula dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihentikan.
BACA: Tun M beri tekanan lagi kepada Najib, persoalkan 1MDB
BACA: Tun M dilihat lebih kecewa daripada marah terhadap Najib di entri terbaharunya
BACA: Orang kata saya juga tidak keseorangan - Tun Mahathir
Dalam pada itu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan jentera BN di Rompin, yang disifatkan beliau sebagai 'berjalan dalam satu pasukan yang kuat'.
"Saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, tak ada kawasan yang kita tinggalkan dan beri perhatian sama berat...calon kita (Hasan) juga baik dan semua orang kenal, jadi senang untuk kita buat kerja," katanya sambil menasihatkan penduduk Rompin untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang semasa berkempen.
PRK Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei ini menyaksikan Hasan dicabar calon PAS Nazri Ahmad, 40, bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas.
Sementara itu, PRK Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Suhaimi Sabudin, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman dan calon Bebas, Salleh Isahak.
PRK yang dijadualkan pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Bernama
Sun Apr 26 2015
MUHYIDDIN: Tak payah kita tumpukan kepada apa yang beliau (Dr Mahathir) sebut, tapi lebih kepada apa yang kita tahu berlaku di bawah. - Gambar Fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.