Barisan jentera teknologi maklumat (IT) UMNO meletakkan sepenuh keyakinan memenangi 'perang maya', khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO kalah dalam media sosial semasa PRU pada tahun 2008 dan 2013.
"Kami tidak mahu kalah lagi pada PRU14 ini dalam peperangan media sosial...ini penting kerana kita (parti) yang membawa kebaikan, menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok'.
"Oleh kerana itu jentera media sosial UMNO mesti menang dalam peperangan maya pada PRU akan datang, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perang maya PRU akan datang ini dimenangi UMNO dan Barisan Nasional (BN), dan saya yakin kami boleh menang," katanya selepas merasmikan Penutup Bengkel Teknikal Maya (BTM) Peringkat Negeri Kedah dan Perlis, di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi Biro UMNO negeri Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia, Datuk Noor Sabrina Mohd Noor; dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.
Sementara itu, Ahmad turut mengingatkan semua jentera IT UMNO untuk tidak menyebar dan menularkan fitnah sebaliknya kebenaran yang membawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan seramai 2,000 jentera IT UMNO setiap bahagian akan berkumpul dalam Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 4 Nov ini, bagi mendengar pandangan dan nasihat mengenai persediaan menghadapi PRU14.
"Ini adalah satu lagi usaha kami selama setahun lapan bulan, apabila saya menjadi Pengerusi Biro IT, untuk memperkukuh barisan jentera IT UMNO dan program akan turut dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017
![Jentera IT UMNO yakin menang perang maya PRU14 Jentera IT UMNO yakin menang perang maya PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457447749_AhmadMaslan.jpg)
AHMAD: Kami tidak mahu kalah lagi pada PRU14 ini dalam peperangan media sosial...ini penting kerana kita (parti) yang membawa kebaikan, menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok'. -Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3 Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738741422_tbAhmadMaslan.jpg)
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
![Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734942459_AhmadMaslan.jpg)
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
![RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734942459_AhmadMaslan.jpg)
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
![Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025 Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734336913_tbAhmadMaslanSMART.jpg)
Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.
![Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733226656_AlexanderNantaLing.jpg)
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
![JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733656116_AhmadMaslan.jpg)
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
![Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733124095_AhmadMaslan.jpg)
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
![SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732664298_AhmadMaslan.jpg)
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
![Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732512078_AhmadMaslanparlim.jpg)
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
![Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025 Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691821310_Alirantrafik.jpg)
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.