Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP berhubung cadangannya mewujudkan Kabinet bayangan pakatan berkenaan.
Beliau berkata ia adalah bagi memberi gambaran jelas kepada ketiga-tiga parti itu bahawa cadangan untuk membuat pemilihan anggota Kabinet bayangan yang diumumkannya Isnin lepas adalah idealistik.
"Kita wujudkan Kabinet bayangan sebab tiada prasarana dalam Parlimen untuk berbuat demikian dan akan bincang dalam masa terdekat.
"Disebabkan itu juga DAP, PAS dan PKR akan diberi peluang untuk ada jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu," katanya kepada pemberita selepas siri dialog Darul Ehsan bertajuk 'PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Malaysia' di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menyifatkan kewujudan Kabinet bayangan oleh Anggota Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tidak relevan.
Susulan itu, DAP memilih untuk menubuhkan Kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti berkenaan.
Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, dalam ucapan aluannya pada sesi dialog tersebut ibarat bersetuju dirinya bukan calon paling layak memegang jawatan Ketua Pembangkang.
"Sepatutnya, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang pegang jawatan itu (Ketua Pembangkang) kerana DAP memegang majoriti kerusi dalam Parlimen," katanya.
Ketika ditanya sebab beliau dipilih, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu enggan mengulas lanjut dan sekadar memberi alasan beliau adalah Presiden PKR serta diberi laluan oleh pemimpin pakatan pembangkang lain.
Bernama
Sat May 23 2015
WAN AZIZAH: DAP, PAS dan PKR akan diberi peluang untuk ada jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat dan 'separuh masak' - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Kabinet bayangan itu perlu diiktiraf oleh Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan bersama.
Kabinet bayangan tak perlu gaji khas, cukup dengan elaun jadi wakil rakyat - Penganalisis politik
Dibayar atau tidak, pembangkang tetap berperanan jadi penyemak imbang kerajaan.
Kabinet bayangan perlu berfungsi sama seperti kabinet sebenar - Pakar Parlimen
Pelaksanaan tugas dan urusan kabinet bayangan oleh pembangkang harus juga ikut kalendar kerajaan.
Pembentukan Kabinet bayangan beri tawaran kredibel kepada PH - Dr Sivamurugan
Kabinet bayangan akan membolehkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan seperti parti politik dan pemimpinnya turut sama-sama terlibat dalam isu nasional.
Tular: Kabinet Bayangan BN-Pas Pasca PRU15? - Tok Mat PM, Zahid dan Khairy tersingkir
Infografik kabinet bayangan gabungan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.
BN bentuk Kabinet bayangan setiap kementerian
Barisan Nasional telah membentuk Kabinet bayangan untuk setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan bagi meningkatkan peranannya sebagai pembangkang di Parlimen.
Zahid harus ketuai Kabinet bayangan - Penganalisis
Portfolio paling awal perlu diwujudkan adalah melibatkan jawatan menteri kanan seperti Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Tidak perlu 'kabinet bayangan' - Ahmad Zahid
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Ahli Parlimen BN dan Pas akan diberi portfolio tertentu supaya mereka boleh memberi fokus kepada subjek spesifik yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.