Dalam sidang media khas tersebut, Ahli Parlimen Pekan itu mengakhiri ucapan dengan satu kiasan buat seluruh rakyat Malaysia.
"Akhir kalam, sebagai dipesan oleh orang tua-tua ... saya ingin menanda hari pembubaran yang berkuatkuasa esok, dengan kata-kata kiasan yang berbunyi ...
"Negara Malaysia namamu kini megahlah sudah,
Dibina dan dibangun berbekal keringat dan air mata,
Kerajaan Barisan Nasional berusaha sudah,
Berbakti pun sudah,
Kepada rakyat pilihlah yang berhak dan telah berjasa,
Lalu tawakal diserah kepada Allah.
KepadaMu Ya Tuhan kami memohon pertolongan.
Dibina dan dibangun berbekal keringat dan air mata,
Kerajaan Barisan Nasional berusaha sudah,
Berbakti pun sudah,
Kepada rakyat pilihlah yang berhak dan telah berjasa,
Lalu tawakal diserah kepada Allah.
KepadaMu Ya Tuhan kami memohon pertolongan.
Beliau pada masa sama memohon rakyat Malaysia untuk terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).
BACA: Parlimen dibubar esok
"Dengan penuh kerendahan hati, memohon kepada rakyat Malaysia, untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa ke mercu kejayaan," katanya mengakhiri ucapan tersebut.
PM mengumumkan pembubaran Parlimen di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada sekitar jam 12.22 tengah hari, Jumaat.