Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memecat presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui proses yang sepatutnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, keputusan memecat Muhyiddin hanya akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu melalui satu mesyuarat.

"Kami mahu memecat beliau tetapu jika kami mahu memecat Muhyiddin kami haru mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada beliau menganggap Muhyiddin telah mengkhianati parti setelah mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) tanpa persetujuan Majlis Tertinggi.

Selepas mengumumkan Bersatu keluar dari PH, hubungan antara Dr Mahathir dan Muhyiddin mula renggang dan ia semakin sukar untuk diredakan.

BACA: Lima perkara anda perlu tahu dalam sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini


Muhyiddin juga pernah memaklumkan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, beliau telah mengutus surat kepada Dr Mahathir untuk bertemu.

Namun, Dr Mahathir enggan bertemu Muhyiddin dengan alasan belum masanya bertemu Ahli Parlimen Pagoh itu.

Pada Khamis, Dr Mahathir dan empat lagi ahli parlimen Bersatu digugurkan keahlian atas kerana memilih untuk tidak duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan jawatan pengerusi parti yang dimenangi tanpa bertanding oleh Dr Mahathir telah kosong.

BACA: EKSKLUSIF: Presiden pangku tugas Pengerusi Bersatu