Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.
Profesor Undang-undang, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata jika sidang DUN Kedah sedang berlangsung, kedudukan Mukhriz perlu ditentukan berdasarkan sokongan anggota-anggota DUN itu.
"Kedudukannya di dewan bergantung pada sokongan majoriti sama ada dari ADUN kerajaan atau ADUN-ADUN lain," katanya kepada Bernama pada Rabu.
BACA: Hampir 1,000 berkumpul nyata sokongan terhadap Mukhriz
Bagaimanapun, katanya jika sidang DUN Kedah tidak berlangsung ketika ini, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.
Shad diminta mengulas mengenai pengumuman oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini yang menyatakan hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, pengumuman oleh Ahmad Bashah hanyalah satu 'pandangan' dan tidak sah dijadikan 'dokumen' dalam menentukan kedudukan Muhkriz sebagai Menteri Besar.
Majoriti mudah
Beliau yang merupakan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata ia sebaliknya perlu dibawa ke sidang DUN dengan undi hilang keyakinan perlu dilakukan oleh anggota dewan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah.
"Ini adalah basic (asas)...kita sudah lalui beberapa pengalaman seperti ini, yang terbaharu di Selangor dahulu.
"Ahli-ahli dewan perlu menyatakan pendirian dengan menandatangani 'statutory declaration' bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Menteri Besar.
"Jika jumlah tersebut majoriti (mudah) barulah ia menjadi sesuatu yang sah dan membawa kesan kepada kedudukan menteri besar, yang kemudian perlu dipersembahkan kepada Sultan untuk membuat keputusan," kata Shamrahayu.
BACA: 'Serah kepada rakyat nilai prestasi saya' - Mukhriz
Sementara itu, penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, selepas mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz, Ahmad Bashah selepas ini pastinya akan cuba membawa perkara itu ke sidang DUN untuk memutuskan kedudukan Muhkriz.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu menyarankan kepimpinan UMNO di peringkat pusat mendapatkan maklum balas semua pihak di negeri itu termasuk masyarakat agar keputusan yang dibuat nanti tidak bercanggah dengan kemahuan rakyat.
Bernama
Wed Jan 20 2016

Kedudukan Mukhriz (gambar) di Dewan Undangan Negeri bergantung kepada sokongan majoriti sama ada daripada ADUN kerajaan atau ADUN-ADUN lain. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau menggubah wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.

All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik
Mereka akan jadikan kejohanan Terbuka Jerman sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England.

PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.

"Elak pemilihan PAU dengan alasan kestabilan lagi?"- Ketua UMNO Alor Setar
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, kestabilan tidak boleh dijadikan alasan.

Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan
Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Matahari Naik di sini mengumumkan keluar parti serta-merta sekaligus membubarkan cawangan tersebut.

Peletakan jawatan Terence Gomez, SPRM perlu nyata pendirian - #RasuahBusters
Pihak SPRM perlu tampil dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian bagi meleraikan kekusutan rakyat.

Politik Melaka: Mereka yang letak jawatan, pulangkan saja aset kerajaan - Sulaiman
Tiga bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco )Melaka yang mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri perlu memulangkan semua aset kerajaan.

Politik Melaka: Idris, Nor Azman dakwa terima pelbagai tawaran untuk PRN
Mereka menegaskan tidak akan bertanding atas tiket Bebas dan sedang mempertimbangkan beberapa tawaran.

Mesej tular UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, palsu
Mesej bergambar tular kononnya daripada Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah palsu.