Kemelut politik yang melanda negara hari ini disebabkan perbuatan khianat terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menjelaskan pimpinan Pakatan Harapan berusaha untuk meredakan kemelut politik ini dengan segera.
Tegas beliau kemelut politik yang memasuki hari ketujuh ini hanya dapat diredakan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.
“Kami berusaha untuk menyelesaikan kemelut politik yang diakibatkan oleh perbuatan khianat.
SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG KEMELUT POLITIK NEGARA
“Terdapat dua pengkhianatan yang dilakukan, pertama khianat kepada mandat yang telah diserahkan kepada rakyat dan kedua khianat terhadap polisi yang hendak dilaksanakan terhadap rakyat.
“Kemelut ini hanya dapat diredakan apabila Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri,” katanya kepada media di luar hotel Eastin, di sini.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu menjelaskan semua ahli parlimen PKR berkumpul sebuah hotel di sini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang apa yang berlaku.
“Tugas saya adalah untuk menerangkan apa yang berlaku kepada ahli-ahli parlimen PKR.
“Perkara ini dibuat kerana perubahan berlaku setiap minit bukan lagi setiap jam,” katanya lagi.
Saifuddin juga mengakui pada pagi tadi beliau bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berada di kediaman Dr Mahathir bagi membincangkan perkara yang membawa kepada pencalonan ahli parlimen Langkawi itu sebagai calon perdana menteri kelapan.
Irwan Muhammad Zain
Sat Feb 29 2020

SAIFUDDIN: "Terdapat dua pengkhianatan yang dilakukan, pertama khianat kepada mandat yang telah diserahkan kepada rakyat dan kedua khianat terhadap polisi yang hendak dilaksanakan terhadap rakyat." - Gambar fail
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

'Kemelut ini kerana perbuatan khianat kepada mandat rakyat' - Saifuddin
Kemelut politik yang melanda negara hari ini disebabkan perbuatan khianat terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.