Kemenangan pertama Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadi milik Barisan Nasional.
Barisan Nasional (BN) peroleh kemenangan pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.
Ia selepas satu-satunya pencabarnya, Dr. S.Streram dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan gagal menghantar pencalonan kerana tidak mempunyai pas khas pencalonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya P.131 Rembau, Amino Agos Suyub dalam satu pengumuman berasingan tidak berapa lama selepas mengumumkan senarai calon-calon lain yang disahkan layak bertanding di Dewan Seri Rembau sebentar tadi.
Mohamad dalam sidang medianya berkata bahawa beliau bersyukur dapat pertahankan kerusi buat penggal keempat, namun sedikit risau dengan pengundi di DUN Rantau selepas kemenangan itu.
“Kerana kita mesti jangan lupa, Khairy Jamaluddin calon BN untuk Rembau. Saya nanti takut orang dah rasa senang-lenang, dah menang Tok Mat, tak payahlah keluar,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut membidas sebarang tuduhan yang mengatakan BN berpakat dengan SPR untuk menghalang Streram daripada bertanding.
“Ini bukan pilihan raya BN. Ini diuruskan oleh SPR dan tak boleh masuk campur, itu bukan urusan kami.
“Saya pun tadi sampai awal nak masuk berteduh sebab panas, juga tak dibenarkan masuk sebelum waktunya iaitu jam 9 pagi,” jelas Mohamad.
Mohamad menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2004.
Pada PRU13, beliau berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau selepas mengalahkan pencabar terdekat, Aisah Lamsah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 4,613 undi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memperoleh sejumlah 10,126 undi di kerusi tersebut pada pilihan raya lalu.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah akan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Rembau daripada dua pencabar lain, iaitu Roseli Abd Ghani dari PKR (PH) dan Musafa Dolah (Pas).
Berikut senarai sah calon yang bakal bertanding bagi tiga lagi DUN di bawah Parlimen Rembau:
N.25 Paroi
BN - Ghazali Abd Wahid (penyandang)
PH - Mohamad Taufek Abd Ghani (Amanah)
Pas - Masita Mohamed Ali
N.26 Chembong
BN - Datuk Zaifulbahri Idris (penyandang)
PH - Azizan Marzuki (PPBM)
Pas - Rosmin Adam
N.26 Kota
BN - Datuk Dr Awaluddin Said (penyandang)
PH - Shahrizal Masrudin (Amanah)
Pas - Ishak Omar
Israr Khalid, Luqman Hariz
Sat Apr 28 2018

Ini selepas calon PKR Dr. S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. - Astro AWANI/Israr Khalid
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Larangan merokok di tempat makan antara punca PH tewas di Rantau?
Ronnie Liu tidak tolak kemungkinan kekalahan PH di Rantau disebabkan oleh janji manifesto dan polisi baharu yang diperkenalkan Kerajaan.

Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

PRK Rantau: BN dahului undi pos, undi awal - Tidak rasmi
Calon BN mendahului calon PH melalui undi pos dan undi awal PRK Rantau berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Siti Nordiana tidak lepas peluang mengundi di Rantau
Sebagai anak jati Sendayan, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias tidak lepaskan peluang mengundi pada PRK Rantau.

Kecoh penyokong BN dan PH hampir bertumbuk
Proses membuang undi PRK DUN Rantau bertukar menjadi kecoh susulan beberapa insiden melibatkan isu meraih undi.

Kemenangan PRK hadiah ulang tahun perkahwinan - Streram
Bagi calon Pakatan Harapan Dr S Streram, kemenangan dalam PRK DUN Rantau adalah lebih daripada kemenangan politik.

PRK Rantau: Pengundi memilih Adun baharu
515 orang petugas akan bertugas sepanjang proses berlangsung bagi memastikan kelancaran pengundian di DUN N27 itu.

PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.

Streram nafi PH cuba bunuh karakter Tok Mat
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram menafikan parti itu cuba membunuh karakter lawannya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan

Dr Streram mahu 'biuskan' orang BN seperti Najib
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram membidas kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempersenda pekerjaannya sebagai 'pakar bius'.