Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan(PH), Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bukan sesuatu yang mustahil.
Mohamed Azmin turut meletakkan harapan yang besar bahawa pada PRK Rantau, pekan kecil itu buat julung kalinya akan jatuh ke tangan kerajaan PH.
“Kita akan lakukan ini dengan semangat dan kesungguhan serta perjuangan yang jujur dengan dasar PH yang dibawa selama 20 tahun.
“Saya yakin rakyat di seluruh pelosok negara, saya yakin dengan pengundi di DUN Rantau bahawa wakil yang dapat membawa suara mereka ke dalam dewan Negeri Sembilan adalah Streram.
“Walaupun ini adalah satu permulaan, mari kita pastikan DUN Rantau akan menjadi milik PH melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Dataran Rantau malam tadi.
Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.
Sambutan turut menyaksikan deklamasi sajak khas oleh sasterawan negara, A. Samad Said dan penulis sastera, Shamsudin Osman atau dikenali dengan Dinsman.
Dalam pada itu, Azmin turut percaya dengan semangat yang ada pada hari ini, PKR akan menjadi parti masa depan rakyat Malaysia dan negara Malaysia.
Sahlizah Mohamed
Thu Apr 04 2019
Mohamed Azmin turut meletakkan harapan yang besar bahawa pada PRK Rantau, pekan kecil itu buat julung kalinya akan jatuh ke tangan kerajaan PH. - Foto Astro AWANI/Sahlizah Mohamed
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Kemenangan Streram di Rantau tidak mustahil - Azmin Ali
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan(PH), Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bukan sesuatu yang mustahil.