Esok (Sabtu) tiba masanya untuk rakyat Sarawak kembali menunaikan tanggungjawab mereka memilih 80 wakil rakyat mereka untuk menjadi suara mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi lima tahun akan datang.

Terdapat lebih 1.13 juta pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

Berikut adalah beberapa fakta yang kita tahu sepanjang kempen kali ini yang akan berakhir pada detik pukul 12 tengah malam ini.

Hangat hari penamaan calon

Kempen bagi merebut 82 kerusi Dun bermula secara rasmi sejurus tamat proses penamaan calon bagi parti-parti bertanding pada Isnin 25 April yang lalu.

Proses penamaan berjalan lancar dimana menyaksikan dua kerusi Dun, Bukit Sari dan Bukit Kota awal-awal lagi menjadi milik Barisan Nasional (BN) selepas kedua-dua calon parti itu menang tanpa bertanding.

Tamat tempoh pencalonan, 80 kerusi lagi jadi rebutan dengan seramai 226 calon disahkan bertanding.

Kempen PRN ke-11 bermula dengan proses penamaan calon pada 25 Mac lalu. - Foto Bernama
BN bertanding di 80 Dun, PKR (40 Dun), DAP (31 Dun), Parti Amanah Negara (13 Dun), PAS (11 Dun), STAR (11 Dun), PBDS Baru (5 Dun) selain 35 calon Bebas turut bertanding.

Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem sendiri akan dicabar oleh calon PKR, Jazolkipli Numan dalam pertembungan satu lawan satu di kerusi Tanjung Datu.

BACA: Proses penamaan calon berjalan lancar, BN menang 2 kerusi

BACA: SPR terima 230 kertas pencalonan, 2 ditolak

BACA: Sekilas fakta PRN Sarawak yang anda perlu tahu

Manifesto

BN Sarawak antara yang awal melancarkan manifesto dengan tema 'Berikan Peluang Kepada Team Adenan'.

Menggunakan senjata paling ampuh, iaitu Ketua Menteri sendiri, manifesto BN menggariskan 15 perkara.

Ia meliputi autonomi bagi Sarawak, hak tanah, perumahan mampu milik, kesihatan, pendidikan dan juga keusahawanan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula ada misinya sendiri berjanji untuk berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak dengan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), topik hangat yang diulang-ulang di setiap ceramah.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula ada misinya sendiri berjanji untuk  berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak - Foto Astro AWANI
PKR menamakan manifesto mereka Lima Janji Demi Sarawak.

Lain nadanya bagi Parti Amanah yang tidak memerlukan manifesto kerana hanya mempunyai 13 orang calon sahaja dan mahu fokus untuk berkhidmat untuk rakyat.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, paling penting bagi mereka adalah tawaran menyelesaikan isu yang didakwa masih membelenggu kehidupan masyarakat di Sarawak.

10 perkara digariskan parti itu dalam manifesto yang bertemakan 'Perkongsian Kekayaan Buat Semua rakyat Sarawak'.

Antaranya termasuklah khidmat bas percuma, autonomi dalam percukaian, pendidikan peningkatan khidmat jalur lebar dan keselamatan serta mewujudkan peluang pekerjaan baru.

BACA: BN lancar manifesto dengan tema 'Berikan Peluang Kepada Team Adenan'

BACA: DAP lancar manifesto 10 perkara, mahu fokus menentang BN

BACA: 'Amanah tidak perlu manifesto' - Salahuddin

Kempen lancar

Sehingga ke malam akhir, kempen calon-calon parti-parti yang bertanding berjalan lancar.

Di pihak Barisan Nasional, selain dari warga kerja BN Sarawak, mereka turut dibantu oleh kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain menteri-menteri Persekutuan.

BN menggunakan politik pembangunan dan faktor kepimpinan Adenan untuk meraih undi terutamanya di kawasan-kawasan kaum Cina yang dikuasai pembangkang.

DAP juga tidak kurang hebatnya dengan menggerakkan jentera di kawasan-kawasan kaum Cina. Kehadiran tokoh-tokoh parti dari DAP Pusat termasuk penasihat veteran Lim Kit Siang, menyemarakkan lagi kempen yang dijaja.

Pas juga, tanpa segan meraih undi kebeberapa kawasan yang majoritinya kaum Cina dengan slogan mahu berkhidmat untuk semua kaum di negeri itu.

PKR pula awal-awal lagi telah melahirkan rasa kekesalannya terhadap rakan sekutu Pakatan Harapannya, Dap yang menyaksikan calon-calon mereka menentang sesama sendiri selepas tiada kemuafakatan.

Akibatnya kempen yang tidak senada dari kedua-dua parti ini.

Kehadiran calon dari parti Amanah yang buat pertama kalinya bertanding di negeri itu seakan -akan tidak begitu dirasakan impaknya. Mungkin sedang menguji-uji keberkesanan jentera kempennya.

BACA: BN yakin selepas kempen masuk ke fasa pertengahan

BACA: Larangan akses ke Sarawak, PKR akui kempen terbantut

BACA: SPR tidak campur kempen parti di PRN Sarawak

Isu-isu dibangkitkan

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh calon-calon terutamanya oleh pembangkang pada PRN kali ini adalah berkaitan GST, tanah adat, kos sara hidup, halangan pemimpin dari beberapa pemimpin pembangkang masuk untuk berkempen dan tinggal lebih lama, Sarawak untuk anak Sarawak dan royalti minyak.

Namun hampir kesemuanya telah dijawab oleh calon-calon dari BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang antara paling sibuk jadualnya di Sarawak, turut mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelas beberapa perkara termasuk isu GST dan tuntutan royalti minyak Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat kabinet yang julung kali diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak
Faktor Adenan

Karisma Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang menggabungkan kekuatan calon serta parti pada kali ini dilihat banyak memberikan kelebihan kepada BN.

Kehadirannya di setiap kempen atau sesi ramah mesra dengan ternyata tidak menghampakan.

Maka tidak hairanlah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah mula mendapat perhatian daripada kaum Cina yang melihat tawaran manifesto Adenan sebagai umpan terbaik untuk pengundi Cina yang masih berada di atas pagar.

Kehadiran Adenan di setiap kempen atau sesi ramah mesra dengan ternyata tidak menghampakan.- Foto Bernama
Adenan sendiri yakin BN mampu menang 70 dari 82 kerusi Dun.

"Saya tahu mungkin ada pengundi yang tidak senang dengan calon yang dipilih namun saya bukan malaikat. Mereka harus menerima kelebihan atau kekurangan yang ada dari beberapa aspek," katanya yang terkenal dengan ungkapan 'Ooo-Haa' dan 'You-You’.

BACA: Adenan yakin BN mampu mengembalikan sokongan kaum Cina

BACA: Adenan pikat komuniti Kayan dengan pengetahuannya tentang kitab Kristian


BACA: Kekuatan 'Ooo-Haa' dan 'You-You' Adenan di Sarawak


Pengundian awal

Proses pengundian awal berlangsung lancar dengan 79 pusat pengundian dibuka dengan lebih 72 peratus daripada 24,604 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka pada 3 Mei lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas ditutup sejumlah 72 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka dan proses pengundian berjalan lancar.

SPR juga menjangkakan lebih 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Sabtu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas ditutup sejumlah 72 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab. - Foto Bernama
Selamat mengundi!

Meskipun seluruh negara tertumpu kepada PRN Sarawak sepanjang 12 hari lalu, namun berita sedih menyelubungi tempoh-tempoh terakhir fasa berkempen susulan insiden helikopter yang hilang dalam penerbangan dari Betong ke Kuching pada petang Khamis.

Bagaimanapun, kempen diteruskan sehingga saat-saat akhir menanti ketika untuk rakyat Sarawak keluar mengundi esok.

Pusat-pusat mengundi akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan keputusan penuh dijangka diketahui seawal 6 petang dan selewat-lewatnya 11 malam bergantung kepada keadaan cuaca.

Sewaktu PRN-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala Dap menguasai 12 kerusi, PKR (tiga) dan satu oleh calon Bebas.

Esok adalah hari penentuan, selepas berhempas pulas jentera parti dari pihak kerajaan mahupun pembangkang cuba memenangkan calon masing.

Apa yang penting aspirasi rakyat Sarawak dapat diterjemahkan menerusi undi mereka.

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan melangkah bergaya ke Dewan Undangan Negeri dan siapa pula yang tersalah congak.

Selamat memilih buat rakyat Sarawak!