BERIKUT ialah petikan komen Penyelaras Parlimen Jasin Khairuddin Abu Hassan di akaun Facebook beliau yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah yang didakwa memberi kenyataan negatif terhadap kepimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh meninggalkan kesan negatif kepada Pakatan Harapan (PH)
TINDAKAN DAN KENYATAAN YB NURUL IZZAH BOLEH TINGGAL KESAN NEGATIF PADA PH!!
Saya amat setuju dengan kenyataan YB Datuk Seri Azmin Ali yang menyarankan kita semua sebagai pemimpin harus cekal dan kuat hadapi pelbagai dugaan dalam perjuangan.
Mengambil alih amanah Allah SWT serta rakyat dari kepimpinan kerajaan kleptokrasi UMNO/BN yang telah merosakkan negara ini secara amat teruk bukan satu perkara yang mudah untuk kita semua.
Keseluruhan pemimpin-pemimpin PH mesti cekal menghadapi apa saja bentuk cabaran untuk membina semula tanahair yang tercinta ini.
Pada hakikatnya, gelagat, tindakan serta kenyataan YB Nurul Izzah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dapatlah diibaratkan seperti 'menepuk air di dulang; akhirnya terpercik ke muka sendiri’.
Kalau YB Nurul Izzah dalam keadaan tertekan dan perlu sikit masa untuk berehat terlebih dahulu; adalah adil untuk beliau berbuat demikian.
Tetapi janganlah sampai tindakan serta kenyataan beliau itu boleh memudaratkan PH itu sendiri!!
Kenyataan YB Datuk Seri Azmin Ali yang membawa maksud 'siapa yang tidak tahan panas boleh keluarlah dari dapur' merupakan satu respon yang cukup ikhlas!!
Malahan, saya juga amat setuju dengan pandangan ikhlas serta kenyataan YB Datuk Seri Azmin Ali itu.
Itu pandangan ikhlas peribadi YB Datuk Seri Azmin Ali yang berteraskan kepada kebebasan bersuara!!
Janganlah orang lain boleh bersuara tetapi bila YB Datuk Seri Azmin Ali melontarkan pandangannya; kita terus menempelak beliau!!
BACA: 'Ini cukup tidak beretika!' - Khairuddin selar komen negatif Nurul Izzah terhadap Tun M
BACA: Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah
Ini bukan prinsip reformasi namanya!! Prinsip reformasi apa sekiranya kita boleh bercakap secara melulu tetapi bila YB Datuk Seri Azmin Ali bersuara kita pula menjadi berang!!
Kalau nak bercakap pasal prinsip; bertuturlah secara jujur dan konsisten!! Tiada kompromi dalam berpegang erat pada prinsip!!
YB Nurul Izzah sendiri faham betapa teruknya negara ini dirosakkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan BN!!
Ahli Parlimen Permatang Pauh harus bersikap adil dan jangan harap segala perubahan boleh dilakukan dengan sekelip mata!!
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga jangan terperangkap dengan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO serta BN yang kaki bodek dan akhirnya keseluruhan organisasi mereka jatuh tersungkur!!
Jangan kita lakukan perkara yang sama pada PH!!
Reformasi dan perubahan yang berlaku secara evolusi akan lebih berkesan dari perubahan secara revolusi.
Sesungguhnya, tidak adil bagi YB Nurul Izzah mengheret PH ke lembah kehancuran disebabkan oleh emosi peribadinya!!
Perdana Menteri bukan diktator!! Segala tindakan ke atas pentadbiran negara dilakukan secara konsensus melalui persemuafakatan bermesyuawarah dalam mesyuarat Kabinet!!
Dalam isu ini, apa saja tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berteraskan keputusan Kabinet dan kadang kala sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan perubahan secara mendadak disebabkan oleh pelbagai faktor-faktor semasa!!
Ada tindakan yang boleh kita lakukan secara pantas dan ada tindakan yang perlukan sedikit masa untuk kita menyelesaikannya!!
Sebagai seorang tokoh politik yang matang sepatutnya; YB Nurul Izzah harus fikirkan kepentingan soladiriti PH dari sebarang agenda peribadi!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
Astro Awani
Tue Mar 26 2019

KHAIRUDDIN: Keseluruhan pemimpin-pemimpin PH mesti cekal menghadapi apa saja bentuk cabaran untuk membina semula tanahair yang tercinta ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.