Keputusan muktamad pemilihan tiga sayap UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri - di peringkat bahagian dan pusat hanya akan diumum pada pukul 5 petang Ahad, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata sehingga 12.30 pagi tadi, sebanyak 56 bahagian UMNO masih belum selesai bermesyuarat dan belum menghantar keputusan undian di bahagian masing-masing.
Bahagian-bahagian dimaksudkan ialah 10 bahagian di Wilayah Persekutuan, Perlis (1), Kedah (6), Perak (6), Selangor (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (6), Terengganu (2), Kelantan (6), dan Sabah (6).
"Setakat ini bahagian yang telah menghantar borang secara rasmi ialah sebanyak 45 peratus," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti itu, dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi Sabtu.
Ab Rauf turut mengingatkan bahawa sebarang keputusan yang ditular di media sosial adalah tidak rasmi dan bukan daripada ibu pejabat UMNO.
Sementara itu, sehingga pukul 1 pagi ini, Naib Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan hampir meraih kemenangan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO dengan memperolehi 73 undi jauh meninggalkan satu-satu pencabarnya Nor Hazreena Mohamad Hashim yang hanya memperolehi sembilan undi.
Bagi kerusi Ketua Pergerakan Wanita, anggota Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad mendahului tipis dengan 34 undi diikuti rapat Datuk Azizah Mohd Dun dengan 32 undi.
Manakala bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendahului dengan 21 undi diikuti Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah dengan 20 undi.
Pemilihan kali ini menyaksikan Ketua Wanita ditandingi tiga calon, Ketua Pemuda sembilan, manakala pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Puteri.
Setiap satu undi mewakili satu bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018

Ab Rauf turut mengingatkan bahawa sebarang keputusan yang ditular di media sosial adalah tidak rasmi dan bukan daripada ibu pejabat UMNO. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.