Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata keputusan dicapai dalam muktamar PAS perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.
"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP PAS bahawa keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".
Kenyataan Lim susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata penubuhan parti baharu seperti dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu menerima 'rangka dasar bersama' yang dipersetujui oleh semua rakan komponen Pakatan Rakyat (PR).
"Dalam sistem demokrasi, mana-mana individu boleh bentuk parti dan badan bukan kerajaan. Namun, jika Pasma berhasrat untuk bersama Pakatan, maka perlu terima dasar bersama yang diterima PR," katanya.
Pasma semalam mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan PAS dalam PR selepas PAS dalam Muktamar Tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Bernama
Sun Jun 14 2015

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata keputusan dicapai dalam muktamar PAS perlu dihormati oleh semua pihak.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).

'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.

Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.

Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.