Keputusan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan atau tidak hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang dijadual pada 13 Disember depan.
Bagaimanapun, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan perkara tersebut tidak memaklumkan masa serta lokasi mesyuarat tersebut akan diadakan.
"Kita belum tentukan lagi (menyertai Pakatan Harapan). Kita akan mesyuarat pada 13 Disember, minggu depan," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan tersebut perlu dibuat dalam mesyuarat serta mendapat persetujuan ahli kepimpinan yang lain.
"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat... saya perlu dapatkan persetujuan semua dan berbincang dengan rakan-rakan kerja saya," ujarnya di Persidangan Kebangsaan DAP semalam.
Malah, pihaknya juga tidak akan menunggu PAS lebih lama kerana partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah satu payung.
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 05 2016
Muhyiddin memaklumkan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM akan diadakan pada 13 Disember. - Foto Fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Keputusan PPBM sertai Pakatan Harapan diketahui 13 Disember depan - Muhyiddin
Bagaimanapun, Muhyiddin yang mengesahkan perkara tersebut tidak memaklumkan masa serta lokasi mesyuarat tersebut akan diadakan.