Kerjasama PAS-UMNO bukan satu keperluan yang mendesak, namun ia diperlukan untuk kepentingan dan kesejahteraan orang Melayu dan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kadang-kadang memang ia mendesak, contohnya apabila keputusan pilihan raya tidak seimbang dengan demografi penduduk atau bukan Islam yang mendominasi kerajaan.
"Begitu juga apabila ada orang bukan Islam membuat pelbagai tuntutan yang tidak wajar dan menyentuh hubungan dengan orang Islam seperti meminta dihapuskan majlis agama, dihapuskan undang-undang syariah dan tuntutan LGBT.
"Itu semua bercanggah dengan ajaran Islam. Maknanya, hubungan sekarang ini bukan terdesak tetapi hanya keperluan," katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata jika ada keperluan, muktamar khas akan diadakan untuk tujuan formaliti kerjasama itu dan keseluruhan perwakilan muktamar kali ini menerima kerjasama PAS-UMNO.
Jelasnya, apa jua bentuk kerjasama PAS-UMNO akan dilakukan secara terbuka seperti dilakukan negara demokrasi lain kerana ia akan memberi kesan dan mempengaruhi undi pada sesuatu pilihan raya.
Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Anggota Parlimen Marang itu berkata orang Melayu beragama Islam berpeluang mendominasi kepimpinan negara jika mereka mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
"Orang Melayu janganlah marah dengan dominasi bukan Islam dalam pentadbiran sekarang. Ini berlaku kerana orang Melayu bagi undi kepada orang bukan Islam," katanya.
Abdul Hadi juga menjelaskan PAS bukanlah cabang yang dipotong dari mana-mana parti politik atau ranting yang dipacakkan ke tanah untuk hidup sebaliknya mengamalkan politik matang dan sejahtera untuk terus kekal relevan.
Mengulas lanjut mengenai taawun (kerjasama) dengan UMNO, Anggota Parlimen Marang itu berkata budaya politik tersebut sudah lama dilaksanakan PAS termasuk di peringkat antarabangsa dalam membantu menyelesaikan isu kemanusiaan dan keamanan sejagat.
"PAS diberi kepercayaan untuk libatkan diri dalam krisis membabitkan umat Islam seperti di Thailand, Filipina, masyarakat Rohingya, dan krisis penduduk Gaza dan Palestin di Israel.
"Kita laksanakan taawun dan juga kerjasama dalam perkara lain demi rakyat dan negara. Maka berlakunya taawun dengan UMNO.
"Disebalik kerjasama itu, kita tegas dalam perjuangan membentuk akidah kerana memimpin bersama Islam adalah penting dalam perjuangan kita. Kita tolak reformasi tanpa Islam," katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan penggulungannya pula berkata PAS tidak akan menjadi pelampung kemungkaran namun akan menjadi pelampung yang akan menyelamatkan rakyat Malaysia.
"Ada pihak yang bimbang mengenai kerjasama PAS-UMNO. Kita tidak akan dilampungkan dengan kemungkaran. Kerana Islam yang akan selamatkan kita dan kita ajak rakyat untuk sama-sama berjaya dunia dan akhirat. Rakyat akan mendapat cahaya Islam," katanya.
Muktamar Tahunan PAS ke-64 berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018
HADI: Kadang-kadang memang ia mendesak, contohnya apabila keputusan pilihan raya tidak seimbang dengan demografi penduduk atau bukan Islam yang mendominasi kerajaan.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
'ASEAN Coin', masih banyak halangan
ASEAN ialah rantau besar dengan ekonomi dan sistem kewangan yang berbeza, menjadikan penyatuan mata wang digital seragam satu cabaran. Menurut Pengurus Besar APAC Luno, Aaron Tang, usaha ini masih di peringkat awal dan berdepan halangan seperti perbezaan dasar ekonomi, kesediaan teknologi, dan keperluan kewangan setiap negara.
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.