Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.
Menurutnya, Pas dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.
"Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya.
Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan Pas-UMNO selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan' di Wisma Putra di sini, hari ini.
Katanya perkembangan hari ini menyaksikan Pas yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memiliki nada yang berbeza dalam isu kerjasama PAS-UMNO berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN).
"PAS tidak perlu sertai UMNO dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2017

Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara Pas dan UMNO akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah. - Gambar fail.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme
Pendekatan kesederhanaan adalah elemen penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan mampan.

Kerjasama Pas-UMNO dilihat akan beri manfaat kepada Malaysia - Nasharudin
Pas dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.