Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed hari ini melahirkan harapan agar 'tali perpaduan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada PAS dapat dilaksanakan selari dengan syiar Islam.
Namun, beliau berkata perkara itu harus diperhalusi dengan perbincangan yang berterusan antara kedua-dua pihak supaya ikatan itu dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam di negara ini.
"Kalau nak tunjukkan Perdana Menteri ada kesungguhan, mesti ada tindakan susulan ini...maknanya kalau betul ikhlas, tunjukkan pelaksanaan ucapannya.
"PAS belum buat apa-apa keputusan, cuma tok guru (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah nyatakan dari segi prinsipnya itu, kita kena dekatkan lagi hubungan berasaskan kepada 'Tali Allah'," katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar ucapan perasmian Najib di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di sini hari ini.
Terdahulu, Najib sewaktu berucap merasmikan seminar tiga hari itu, mengingatkan para hadirin mengenai larangan Islam untuk umatnya daripada berpecah-belah tetapi perlu mengutamakan perpaduan dalam kalangan umatnya.
Pada Persidangan Agung UMNO lepas, Najib, yang juga presiden parti itu, telah menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata telah tiba masanya UMNO dan PAS bersatu dalam terus memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada agama, bangsa dan negara.
"Umat Islam kini semakin longgar. Ini masanya untuk kita duduk semeja berbincang ketepikan perbalahan, buang perkara yang tidak menguntungkan rakyat," katanya.
Katanya perkara itu tidak mustahil dicapai kerana kedua-dua parti itu mempunyai banyak agenda perjuangan yang sama.
"Cuma kita harapkan rakyat Malaysia banyak-banyak berdoa. Kita jangan harapkan yang luar biasa, tetapi sekarang ini kita lihat cahaya di hujung lorong nampaknya semakin terang," katanya.
Tegasnya perbezaan politik tidak seharusnya jadi penghalang dengan meletakkan kepentingan agama dan bangsa sebagai keutamaan.
Veteran UMNO, Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam berkata Islam kebelakangan ini sering menjadi bahan sendaan secara terbuka, akibat daripada sikap berpecah-belah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan umat Islam di negara ini.
"Mungkin semua dah sedar, jika kita berpecah kerana ideologi (politik), sedangkan agama menyeru kepada perpaduan, ramai yang ambil kesempatan, dan Islam nampak diperlekehkan, dan beberapa tahun kebelakangan ini sehingga nak azan pun tak kasi, kemudian Nabi dipersendakan, Al-Quran dipijak.
"Jadi di sini timbulnya kesedaran baharu, apa akan jadi sekiranya kita tak pegang pada tali Allah sebagai saudara dalam Islam, maka orang akan hina," kata bekas ketua menteri Melaka itu.
Selain itu, beliau berkata sekiranya inisiatif perpaduan ini tidak disambut, akibat yang mungkin timbul akan jadi lebih buruk, seperti apa yang berlaku di negara Asia Barat di mana umat Islam berperang sesama sendiri.
Bernama
Thu Dec 17 2015
Tali silaturahim antara UMNO dan PAS harus diperhalusi dengan perbincangan yang berterusan antara kedua-dua pihak. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Penyertaan BN dalam gabungan lain tidak sah, tiada rundingan dilakukan - Zahid
BN akan mengemukan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dipertimbangkan.
COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui
Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.
UMNO terbuka kerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15 - Tajuddin
Buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU15.
DAP terbuka cari konsensus dengan mana-mana parti - Anthony Loke
DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan rakan dalam gabungan atau parti luar.
Pas, Bersatu, BN tidak mampu hadapi PRU bersendirian - Mohd Amar
Ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BN terbuka terima parti lain untuk perkukuh gabungan - Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.