UMNO amat menghargai taat setia dan kerja keras Pergerakan Wanita UMNO yang disifatkan antara faktor yang membolehkan parti itu kekal menerajui kepimpinan negara.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata Wanita telah menunjukkan kesungguhan dan bekerja keras dalam memenangi hati rakyat dan telah bersama-sama parti mendepani pelbagai cabaran sepanjang perjalanan parti.
"Kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, melalui onak duri yang rencam dan ujian silih berganti namun atas permuafakatan dan penyatuan yang kukuh dan teguh, kita dapat mengatasi setiap halangan dari dalam mahupun dari luar parti kita sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan presiden yang dimuatkan dalam Buletin Jalinan Rakyat Wanita UMNO yang diedarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.
Najib yang juga Perdana Menteri berharap Pergerakan Wanita yang diterajui Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sentiasa kukuh bersatu dalam saf perjuangan dan sentiasa beristiqamah dalam meneruskan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusannya pula mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat bahagian supaya tetap bersama kepimpinan tertinggi parti seiring dan senada dalam masa susah dan senang bagi menjamin kepentingan anggota juga masyarakat di semua peringkat.
"Kita juga perlu berani merungkai masalah dan menyelesaikannya untuk terus berjaya memimpin dan menerajui UMNO di peringkat mana sekalipun dan insya-Allah kita akan terus menuju kemenangan," katanya.
Beliau juga berharap para pemimpin sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan cawangan sama ada di bandar atau luar bandar akan sentiasa turun padang mendampingi masyarakat, bukan hanya ketika pemimpin tertinggi melawat kawasan masing-masing.
Bagi Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, gerak kerja tersusun dan usaha yang berpaksikan oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita BN adalah resepi kejayaan parti di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Tinggi harapan saya agar momentum kemenangan di PRK tersebut dapat diteruskan melalui gerak kerja intensif yang telah dirancang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal menjelang," katanya.
Katanya, selain resepi tersebut semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh parti komponen BN juga menyumbang kejayaan dan berharap semangat tersebut akan berkekalan demi meraih kejayaan lebih besar di PRU-14 nanti.
Ketua Pengarang Buletin Wanita yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Jamelah A. Bakar berkata sayap Wanita akan tetap setia dan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dan presiden yang dipilih secara demokrasi. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016

Para anggota Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyertai raptai perbarisan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Plaza Merdeka, PWTC pada 27 Nov 2016. - fotoBERNAMA
Pelaburan RM1.1 Bilion MDH dalam Sapura Energy: Langkah besar keluar PN17
Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH). Pelaburan ini akan digunakan untuk membayar liabiliti SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, menyokong kestabilan kewangan vendor tempatan.
Pelaburan MDH dalam Sapura Energy: Manfaat kepada vendor tempatan
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan untuk membayar vendor tempatan, menyokong perniagaan tempatan dan mengekalkan integriti rantaian bekalan dalam industri minyak dan gas Malaysia. PNB menjelaskan kepentingan pembiayaan ini untuk kelangsungan kewangan SEB dan kesan positifnya terhadap ekonomi negara.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijadual beri keterangan kepada SPRM pagi ini
Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir berada di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini susulan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

ICC tahan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.
AWANI Ringkas: Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Amirul Aiman
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

PAU2016: UMNO pulih, Presiden palu gendang PRU-14
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota parti memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi dan bukannya pemilihan parti.

Jangan hempap segala kesalahan kepada saya - Presiden UMNO
Presiden UMNO itu berkata beliau dihempap dengan pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka oleh pembangkang untuk menghasut rakyat.

Pembangkang tabur janji palsu
Pembangkang selama ini tidak mampu memberi pelbagai keistimewaan malah hanya menabur janji palsu kepada rakyat.

Pemuda UMNO mula gerak jentera di luar bandar
Pemuda UMNO akan menggerakkan jenteranya untuk menawan kembali mana-mana pengundi luar bandar yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang

Orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, tapi sebaliknya - Wakil Johor
Orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO sebaliknya parti itu yang terhutang budi kepada orang Melayu.

'Tun Mahathir tak sayang kita lagi' - Perwakilan UMNO Kedah
"DAP belum berubah, begitu juga perhimpunan kuning. Yang berubah ialah Tun Dr Mahathir," ujar Perwakilan UMNO Pendang yang juga Pencadang Usul Ucapan Dasar Presiden, Datuk Othman Abdul.

'Felda bukan lagi benteng pertahanan Melayu' - Shahaniza
Pengundi Felda yang sentiasa berada di belakang kerajaan pada PRU yang lepas berkemungkinan besar akan menunjukkan undi protes jika hal-hal yang berbangkit tidak diambil tindakan segera menjelang PRU.

'Comolot Tun M-Kit Siang, hari paling gelap dalam hidup saya' - Shahrizat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya bersekongkol dengan pembangkang yang sebelum ini tidak sebulu dengan beliau, menurut Tan Sri Shahrizat Jalil.

'Tun M lupa pepatah sendiri' - KJ
Pepatah 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah dilaungkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, dibidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya.

Solidariti buat Rohingya di Perhimpunan Agung UMNO 2016
Solidariti buat kaum minoriti Rohingya berterusan diberikan sebagai bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kepada mereka.