Ketua-ketua UMNO Bahagian digesa memberikan tumpuan kepada fokus menangkis serangan dan tohmahan dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memberikan sokongan secara individu kepada Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan tanda sokongan kepada Najib tetapi pada masa yang sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) benar-benar membimbangkannya.
"Saya bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti.
"Sokongan membabi buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti. Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berhadapan sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu.
"Pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar UMNO cemburukan dengan kekuatan parti ini berbanding dengan komponen Pakatan Rakyat sedang berhadapan krisis dalamannya. Salah satu usaha melemahkan parti ialah dengan menimbulkan seberapa banyak persepsi negatif berkenaan pentadbiran Najib," katanya dalam catatan di dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu - Najib
Pada Ahad, Najib menjawab 13 isu semasa yang dibangkitkan pihak tertentu termasuk isu 1MDB.
Dalam pada itu kata Syed Ali, apa yang diperlukan Najib kini adalah kekuatan dan ketahanan Ketua-ketua Bahagian dalam menangkis sebarang tohmahan dan fitnah tidak berasas yang dilemparkan Dr Mahathir terhadap pentadbirannya.
"Dalam keadaan seperti sekarang ini Najib tidak memerlukan sokongan secara individu dari Ketua–ketua Bahagian.
"Ini bermakna Ketua-ketua Bahagian kena tampil ke depan untuk menjawab sebarang tohmahan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada Najib. Mereka tidak boleh lagi 'simpan kuku' atau 'playsafe' dalam mempertahankan institusi bernama UMNO. Jangan bila parti sudah kecundang baharulah kita terhegeh-hegeh mahu selamatkan parti tetapi sudah terlambat.
"Ketua–ketua Bahagian kena menampakkan kesepakatan dan senada dalam mempertahankan Presiden UMNO yang berhadapan dengan kritikan tajam dari Dr Mahathir. Sokongan padu kepada Presiden UMNO kena dinampakkan dan bukannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi," katanya.
BACA: BR1M bukan rasuah, perlu dinilai di luar pemikiran politik - Najib
Syed Ali turut mengulas tindakan Dr Mahathir yang terus melakukan ‘serangan’ kepada Najib dalam ceramah-ceramah terbuka di negeri-negeri.
"Dalam ceramah berkenaan Dr Mahathir turut menyentuh antaranya isu IMDB, Altantuya dan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri perdana menteri).
"Setiap rakyat di negara ini mempunyai hak dan kebebasan bersuara di dalam negara ini. Mana-mana pemimpin termasuk mantan Perdana Menteri itu boleh menyuarakan pandangan atau buah fikiran masing-masing.
"Namun kebebasan bersuara yang dimaksudkan itu janganlah sampai ke peringkat yang boleh memecahbelahkan anggota parti dan menjahanamkan masa depan negara. Itu yang paling beliau bimbangkan apabila wujud masyarakat parti yang berpuak-puak," jelasnya.
BACA: UMNO berjaya tambah kerusi di bawah saya berbanding Pak Lah - Najib
Katanya lagi, tindakan Dr Mahathir yang melemparkan komen negatif kepada 1MDB yang sedang melalui audit forensik adalah tidak tepat.
"Sedikit sebanyak ia akan menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di kalangan rakyat berkenaan perkara ini.
"Najib sendiri sudah menjelaskan banyak kali mengenai 1MDB jadi semua pihak kena bersabar menunggu keputusan audit. Malah Najib sudah beberapa kali membuat perakuan bahawa semua dana rakyat di negara ini dijamin oleh kerajaan jadi kenapa harus menimbulkan banyak persepsi lain.
"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ada baiknya semua pihak kena menunggu keputusan audit 1MDB sebelum membuat tafsiran atau gambaran yang bukan-bukan," ujarnya.
BACA: Mahathir sedia berdebat dengan Najib
Dalam pada itu, Syed Ali turut melahirkan rasa bimbang terhadap perpaduan anggota parti yang dilihatnya semakin mereput lantaran sikap anggota parti sendiri mudah terpedaya dengan gambaran negatif pentadbiran negara yang digambarkan pihak luar berbanding Perdana Menteri sendiri.
"Seharusnya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang cerita negatif berkenaan pentadbiran negara yang dilemparkan oleh sesetengah pihak berada di luar parti.
"Ketua-ketua Bahagian perlu memainkan peranan dengan lebih aktif memberikan pencerahan tentang isu-isu hangat diperkatakan rakyat antaranya isu IMDB dan GST yang disalah tafsir oleh rakyat.
"Bagi saya Ketua Bahagian kena menampakkan roh perjuangan yang jelas. Jangan fizikal nampak menyokong pentadbiran negara tetapi hati nampak kelabu. Sudah sampai masa Ketua Bahagian menampakkan sokongan yang jelas dan tanpa berbelah bahagi kepada pentadbiran kerajaan hari ini," katanya.
BACA: BR1M, cara kerajaan pindah kekayaan jangka pendek kepada rakyat - Najib
Tegas Syed Ali, Ketua Bahagian perlu menjadi benteng dan mengelak orang luar cuba campur tangan dalam urusan parti dan pentadbiran negara.
"Saya bimbang apabila kritikan Dr Mahathir kepada Najib sudah menjadi 'senjata atau 'alat' yang memakan diri sendiri.
"Tindakan bekas Perdana Menteri itu secara tidak langsung sudah membuka segala aib kepimpinan UMNO dan BN di mata rakyat," jelasnya.
Astro Awani
Mon May 18 2015

SYED ALI: Ketua Bahagian jangan sokong Najib sehingga membawa rebah! - Gambar fail
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.