Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen meletak jawatan dalam parti itu berkuatkuasa hari ini.
Ketika mengesahkan perkara itu, beliau berkata surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.
"Saya sekarang dalam dilema untuk menjelaskan sebab mengapa saya meletak jawatan. Saya akan jelaskan pada kemudian hari," katanya ketika dihubungi di sini.
Sen juga berkata beliau belum ada perancangan mengenai karier politiknya.
BACA: UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan
Dalam surat bertarikh hari ini, Sen bukan sahaja meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda merangkap Naib Presiden UPKO, tetapi juga sebagai anggota parti itu dan tiga lagi jawatan dalam parti iaitu Pengerusi Biro Aduan Awam UPKO Pusat, Naib Ketua Bahagian UPKO Ranau dan Ketua Cawangan UPKO Kampung Rapak, Ranau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018

Arthur Sen meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UPKO berkuatkuasa hari ini. - Foto Facebook/Arthur Sen
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketua Pemuda UPKO letak jawatan hari ini
Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen meletak jawatan dalam parti itu berkuatkuasa hari ini.