C. Sivarraajh dan M. Mohana masing-masing mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MIC kebangsaan bagi penggal 2013-2016 setelah diumumkan menang tanpa bertanding hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Jawatankuasa Pemilihan Datuk S.S. Rajagopal selepas proses pencalonan selama dua jam di ibu pejabat parti itu di sini, ditutup 1 tengah hari.
Kedua-dua penyandang jawatan itu menang berikutan tiada sebarang pencalonan lain dikemukakan jawatan tersebut.
Pada pemilihan lepas yang diadakan pada 2013, Sivarraajh mengalahkan V. Mugilan dalam pertandingan satu lawan bagi penggal 2013-2016 yang menggantikan Datuk T. Mohan yang tidak pertahankan jawatannya.
Mohana pula menewaskan M. Vickneswari, selaku setiausaha Pergerakan Wanita, selepas Datin Komala Devi yang juga tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula selepas membatalkan pemilihan pada November 2013 berikutan terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan itu.
Sementara itu, M. Uvaraj turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Putera bagi menggantikan penyandangnya K. Raven Kumar yang tidak mempertahankan jawatan itu manakala R. Gunasundari mengekalkan jawatan selaku Ketua Puteri parti itu yang juga menang tanpa bertanding.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut hadir pada penamaan calon tersebut.
Semua jawatankuasa bagi keempat-empat sayap itu juga tidak menyaksikan sebarang pertandingan kecuali bagi 35 perwakilan Pemuda kebangsaan yang akan dipilih pada 18 Okt ini.
Pemilihan semula bagi semua jawatan itu diadakan atas arahan RoS yang memberikan tempoh sehingga akhir Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan semula parti.
Setakat ini, MIC selesai mengadakan pemilihan di peringkat cawangan pada Julai lalu manakala peringkat bahagian pada bulan lepas. Semasa pemilihan presiden pada 21 Ogos, Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden bagi penggal 2013-2016.
Parti berusia 68 tahun itu mula dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Sivarraajh ketika ditemui pemberita berkata beliau yakin sayap Pemuda parti itu akan lebih komited untuk membawa anggota MIC baharu di bawah kepimpinan Dr Subramaniam.
"Selain itu, kami akan turun padang untuk menjayakan visi dan misi parti sekali gus bekerja kuat untuk meraih sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Mohana pula berjanji akan terus berjuang bagi pihak wanita selain memperkasakan sokongan akar umbi terhadap parti kaum India itu.
Pencalonan untuk kesemua 23 jawatan bagi CWC pula dijadualkan pada 25 Okt dan pemilihan semula akan diadakan pada 6 Nov, diikuti mesyuarat agung tahunan pada hari berikutnya, yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Bernama
Sat Oct 10 2015
Pemilihan semula bagi semua jawatan itu diadakan atas arahan RoS yang memberikan tempoh sehingga akhir Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan semula parti.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes
Presiden MMA mengingatkan para pengamal perubatan terlibat supaya bertenang.
Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur
Buat masa ini, mereka akan melihat reaksi kerajaan terlebih dahulu sebelum merancang untuk tindakan selanjutnya.
COVID-19: Tidak semua kes sesuai kuarantin di rumah - MMA
Beberapa perkara perlu dipertimbang dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti jumlah anggota isi rumah, keluasan kediaman serta isi rumah berisiko tinggi.
18 hospital tawar rawatan percuma suntikan Hepatitis C
Fasa pertama rawatan itu dijangka dapat memanfaatkan sekitar 2,000 pesakit berdaftar yang dianggap kronik.
Guna sepenuhnya peluang kerajaan untuk masyarakat India - Sivarraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata, semua polisi yang diperkenalkan memberi impak positif selain membuktikan keseimbangan kerajaan dalam pembangunan kaum di negara ini.
MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada P
Sin Woon tidak layak tentukan calon kerusi Cameron Highlands - myPPP
Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon diminta menghormati pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pemilihan calon untuk kerusi Cameron Highlands.
Akta Farmasi akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi
Undang-undang baharu berkaitan kebenaran hak pesakit mendapatkan ubat-ubatan sama ada daripada doktor ataupun farmasi sudah dimuktamad dan akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.
Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.
MIC setuju cadangan agihan kerusi berdasarkan kriteria calon
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu akan mencari calon berkualiti serta berkebolehan bagi memastikan kemenangan BN.