Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Aminah Abdul Manaf meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 petang tadi.
Beliau berusia 52 tahun.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh Khairuddin Termizi ketika dihubungi Bernama memberitahu Allahyarham mendapatkan rawatan di IJN sejak bulan lepas.
Menurutnya jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, malam ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Lalang esok.
Allahyarham, yang tidak berkahwin, dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO bahagian itu pada 2013 dan merupakan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kawasan Parlimen Bagan Datoh.
Beliau menyertai politik pada awal 1990-an dan pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh pada 2000.
Bernama
Sun May 15 2016

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, malam ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Lalang esok. -Facebook.com / Parlimen Bagan Datok

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Ketua Wanita UMNO Bagan Datoh, Aminah Abdul Manaf, meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, malam ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Lalang esok.