Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keyakinan dan sokongan ikhlas yang ditunjukkan rakyat memberikan semangat kepada beliau untuk terus berjuang walaupun mendapat tekanan daripada pihak tertentu sejak kebelakangan ini.
Najib berkata, hasil lawatan ke beberapa negeri baru-baru ini, beliau yakin rakyat akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinannya bagi meneruskan agenda pembangunan negara yang masih belum selesai.
"Kita berkumpul hari ini (di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan) seramai 12,000 orang, malah 20,000 orang pun kita boleh kumpulkan, 40,000 pun boleh, di Tawau kita kumpulkan 40,000 orang, manakala di Johor 15,000 orang.
"Saya tahu angka bukan segalanya, tetapi saya dapat lihat keikhlasan tuan-tuan. Kita menang kerana kita bermuafakat, apabila percaya kepada pemimpin, parti jadi kuat, tetapi apabila berbalah sesama sendiri, tuhan akan tarik kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Himpunan Solidariti 14 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 12,000 orang daripada 14 bahagian UMNO Pahang.
Himpunan anjuran Pemuda UMNO Pahang itu turut dihadiri Ketuanya Shahar Abdullah serta beberapa ketua UMNO bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail.
Najib turut merakamkan penghargaan kepada Pemuda UMNO Pahang yang menganjurkan perhimpunan itu dengan sokongan UMNO Pahang.
Katanya walaupun tanpa kehadiran Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Adnan Yaakob, namun Menteri Besar Pahang itu telah meminta sokongan padu daripada seluruh jentera UMNO negeri diberikan kepada beliau.
"Sultan Pahang pun sokong saya...daripada raja sampai ke rakyat biasa..saya terharu dengan sokongan ini, dengan mandat yang diberikan itu saya akan buat yang terbaik untuk negara dan Pahang," katanya yang disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir.
Najib berkata, setiap masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu berbalah.
Bernama
Sat May 23 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama penyokong-penyokongnya hadir pada Himpunan Solidariti 14 hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.

Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.

Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.

Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.

Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.

Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.