Ketiadaan kelibat Datuk Seri Azmin Ali bagi membantu kempen calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar seolah-olah mengesahkan desas-desus bahawa beliau tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran Azmin juga menggambarkan seolah-olah Menteri Besar Selangor itu tidak mahu memberikan komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Saya tidak tahu kenapa, tapi dia (Azmin) tidak ada. Oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini, di mana calon yang bertanding (bagi Pakatan Harapan) di sini, tidak direstui oleh beliau.
"Jadi, jangan ingat kalau kita bagi sokongan kepada Amanah kerajaan negeri akan bantu kita (pengundi Sungai Besar)," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian peralatan sukan kepada persatuan belia pelbagai kaum di Sekinchan, di sini hari ini.
PKR sebelum ini 'tersepit' dengan perbalahan antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah, termasuk dalam soal pemilihan calon bagi PRK Sungai Besar.
Azmin juga dikatakan mengelak daripada media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor susulan pendedahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR hadir di Sungai Besar pada hari penamaan calon, 5 Jun lalu, namun selepas itu tidak kelihatan sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata komitmen rendah yang ditunjukkan menteri besar itu berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet yang telahpun turun untuk mengadakan pelbagai program di Sungai Besar sejak sebelum hari pencalonan sehingga kini.
Katanya, ia sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pengundi di Sungai Besar yang akan berterusan sehingga selepas hari pengundian pada 18 Jun nanti.
"Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari ini (berkenaan ketiadaan Azmin di Sungai Besar), esok mungkin dia akan hadir, tapi dia datang bukan sebab rakyat Sungai Besar, tapi sebab saya cakap dia tidak hadir," kata Khairy sambil disambut sorakan orang ramai di majlis itu.
PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada PRK ini, BN diwakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang akan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan calon Amanah Azhar Abdul Shukur dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.
Bernama
Fri Jun 10 2016
Khairy berkata, komitmen rendah yang ditunjukkan Azmin berbeza dengan pemimpin BN, termasuk menteri-menteri kabinet. - Filepic
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).