Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya meminta anak beliau Penang Official 1 (PO1) untuk meletak jawatan berhubung kes rasuah yang dihadapinya, dengan demikian orang lain akan melihat tuntutan Kit Siang secara serius.
Dalam kenyataan di sini pada Selasa, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Kit Siang juga seharusnya berhenti menggunakan isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu skandal forex Bank Negara.
"Malah, beliau sepatutnya mendedahkan salah laku (Tun Dr) Mahathir Mohamad berhubung perkara ini, yang mengakibatkan kehilangan wang pembayar cukai US$10 bilion (RM42 bilion).
"Selepas beberapa dekad menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, Kit Siang kini membisu dan mengadakan pakatan baharu bersama Mahathir bekas pemenjaranya - semuanya demi kepentingan politik -mendedahkan sifat sebenar beliau, mengetepikan prinsip dan integriti dan kerakusan untuk berkuasa di Malaysia," katanya.
Tengku Sariffuddin juga berkata, "Pada zaman ini rakyat tidak menghormati diktator, seperti Dr Mahathir yang sendiri mengakuinya atau Kit Siang yang sering menafikannya".
"Oleh itu sebarang kenyataan oleh Kit Siang mempunyai kepentingan sendiri dan tidak boleh dipercayai," kata Tengku Sariffuddin.
Menurut beliau, Kit Siang sepatutnya berhenti daripada cuba menyembunyikan bahawa DAP mempunyai kerusi pembangkang paling banyak, "oleh itu pada hakikatnya parti itu yang berkuasa".
Beliau berkata DAP merupakan pemimpin pembangkang utama, maka rakyat Malaysia perlu tahu siapa yang akan dipilih Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Kit Siang mestilah telus tentang pilihannya siapa yang menjadi PM, oleh kerana rakyat perlu tahu siapa yang akan memerintah mereka jika mereka memilih pembangkang.
"Kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan mendatangkan bencana bagi Malaysia dan rakyat negara ini," katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi dua pertuduhan rasuah berhubung pertukaran status tanah dari zon pertanian ke kediaman, pembelian beberapa bidang tanah dan sebuah banglo di bawah harga pasaran.
Bernama
Tue Jun 27 2017

Menurut Tengku Sariffuddin, kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan mendatangkan bencana bagi Malaysia dan rakyat negara ini. - Gambar fail

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?