Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus mendengar nasihat mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menyeru agar beliau bercuti sementara siasatan ke atas tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadinya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlangsung.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata siasatan ini adalah satu ujian untuk semangat patriotik Najib sama ada beliau bersedia untuk menamatkan kelumpuhan kerajaan akibat 1MDB, dengan bercuti sementara siasatan sedang dijalankan.
Kit Siang berkata beliau bersetuju sepenuhnya bahawa rakyat Malaysia harus belaku adil kepada Najib di atas prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, namun tindakannya untuk terus berdiam diri atas dakwaan yang dibuat oleh Wall Street Journal (WSJ), tidak konsisten dengan pengakuan tidak bersalahnya.
“Dakwaan WSJ adalah yang pertama yang dibuat dalam sejarah enam Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Najib.
“Siasatan dakwaan ke atas Najib harus dilakukan oleh rakyat Malaysia yang bebas, yang berwibawa dan boleh dipercayai, dan bukannya oleh Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
“Pasukan petugas khas yang terdiri daripada empat agensi kerajaan ini perlu dibubarkan dan digantikan dengan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas dan boleh dipercayai rakyat Malaysia yang tidak akan menghadapi untuk menyiasat skandal 1MDB itu secara menyeluruh.
“Jika Najib tiada mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan dia tidak melakukan apa-apa salah laku atau penyelewengan, beliau harus mengalu-alukan cadangan bahawa Dr Mahathir mempengerusikan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu, dengan pesuruhjayanya termasuk Tony Pua dan Rafizi Ramli ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Musa Hitam memberi tiga pilihan kepada Najib bagi menangkis tuduhan WSJ, iaitu kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.
Musa Hitam berkata secara peribadinya, beliau mengesyorkan Najib bercuti bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.
Katanya lagi, ia pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jul 10 2015

LIM: Datuk Seri Najib Razak harus mendengar nasihat mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menyeru agar beliau bercuti sementara siasatan 1MDB berlangsung.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.