Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hadir ke Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, kira-kira 1.55 petang tadi.
Ketibaan bekas Presiden UMNO itu bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut sorakan pengunjung serta diselangi laungan 'reformasi'.
Turut kelihatan bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula tiba sekitar pukul 2.30 petang.
Rata-rata pemimpin yang menyampaikan ucapan telah menyentuh perkara-perkara seperti penyalahgunaan kuasa, sistem kehakiman, dana politik, hak rakyat, pemulihan ekonomi, dan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.
Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan bersemangat, termasuk Tun Mahathir Mohamad yang antara lain merumuskan tentang harapan dan masa depan rakyat negara ini.
Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang tersebut berakhir pada jam 6.45 petang.
Ucapan Tun Mahathir dalam #KongresRakyat2016 boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Live Astro AWANI http://www.facebook.com/astroawani
Wartawan Astro AWANI di lokasi menghimpunkan beberapa tweet berdasarkan intipati ucapan daripada beberapa pemimpin dalam majlis tersebut:
5.50 petang: Momen yang dinanti-nanti peserta #KongresRakyat2016 akhirnya tiba. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengambil tempat untuk berucap.
5.30 petang: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermukadimah dengan menyatakan "Malaysia sedang berada dalam detik yang mencemaskan". Beliau juga sempat mengatakan bahawa dirinya tidak pernah bermimpi untuk duduk bersebelahan dengan Lim Kit Siang.
5.15 petang: Ahli Parlimen Gombak, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disambut laungan 'Reformasi' sebelum memulakan ucapannya.
5.00 petang: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menerima tepukan gemuruh apabila mula mengambil giliran berucap.
4.50 petang: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mencuit hati peserta Kongres Rakyat dengan mengimbau semula cerita beliau ditahan ketika di bawah 'rejim' Tun Mahathir. Namun beliau mengakui hadirnya ke majlis tersebut bukan kerana kisah lampau tetapi mengenai masa depan. Beliau juga menyifatkan tindakan "mengkritik orang yang telah pencen sebagai tindakan yang tidak 'jantan'."
4.40 petang: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri perhatian ramai apabila memulakan ucapan. Beliau antara lain menyentuh tentang peri pentingnya penjelasan pemimpin terhadap semua isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
4.26 petang: Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berucap tentang pemimpin dan salah guna kuasa:
4.14 petang: Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang juga peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengambil giliran berucap:
4.00 petang: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub memulakan ucapan:
3.50 petang: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk Murugesan Sinandavar:
3.40 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa berucap:
3.30 petang: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mula berucap:
3.20 petang: Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengambil giliran:
3.10 petang: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bercerita tentang harapan:
2.56 petang: Abdullah Sani berucap mewakili suara golongan pekerja:
2.50 petang: Ucapan seterusnya disampaikan oleh Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman:
2.40 petang: Isu 'mahasiswa lapar' terus disampaikan oleh Fahmi Zainol:
2.30 petang: Pendebat muda Syed Saddiq Abdul Rahman memulakan ucapan:
Astro Awani, T K Letchumy Tamboo, Hilal Azmi, Nizam Bakeri
Sun Mar 27 2016
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam. - Foto Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).