Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta untuk memastikan UMNO negeri itu tidak berpecah ekoran isu kritikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kepimpinan Mukhriz juga dianggap gagal seandainya sesuatu yang buruk berlaku kepada UMNO di Kedah.
"Tanggungjawab Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah memastikan Kedah tidak berpecah. Jika Kedah berpecah, itu menggambarkan kepimpinannya.
"Kritikan melampau Dr Mahathir akhir-akhir ini boleh diatasi berdasarkan pengalaman yang dilalui parti sebelum ini," katanya ketika sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin menaruh keyakinan bahawa pemimpin UMNO mampu menyelesaikan kemelut membabitkan Najib dan Dr Mahathir.
Hishammuddin berpendapat dengan pengalaman sedia ada, pemimpin UMNO mampu menangani sebarang kemungkinan bagi mengelakkan situasi yang mampu memudaratkan parti.
“Pemimpin-pemimpin UMNO daripada dahulu lagi ada kematangan kerana kita ada had dan batasan untuk membenarkan diri kita dilagakan.
“Perkara ini kita boleh kita atasi dengan syarat kita melihat kepada kepentingan parti, kepentingan kepimpinan negara, kepada kesatuan antara kita masyarakat yang majmuk ini.
“Kalau kita boleh lakukan dulu apabila menghadapi masalah dan ancaman sama, kenapa kita tak boleh lakukan kini?” katanya lagi.
Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib kebelakangan ini.
Hilal Azmi
Mon Apr 13 2015
HISHAMMUDDIN: Pastikan UMNO Kedah tidak berpecah - Foto Astro AWANI/HILAL AZMI
AWANI Pagi: Perubahan Iklim: Cerita Pesawah Pendang di COP29
Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang berada di Baku, Azerbaijan yang sempat menemubual beberapa pesawah Malaysia yang mengikuti COP29.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Situasi utara Gaza makin memburuk
Keadaan di utara Semenanjung Gaza dilaporkan semakin buruk dari minit keminit terutamanya selepas serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas
Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa'.
Conor Mcgregor disabit bersalah lakukan serangan seksual
Petinju MMA, Conor Mcgregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta).
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.