Ibu Pejabat UMNO pada Khamis mengeluarkan senarai calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan parti itu Sabtu ini dan 30 Jun depan, dengan lima calon bakal merebut jawatan Presiden parti.
Mereka ialah Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia bakal menyaksikan persaingan di antara Ketua UMNO Bahagian Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Tujuh calon lagi akan bertanding merebut tiga jawatan naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.
Ismail Sabri, Mohamed Khaled, Mahdzir, Tajuddin dan Johari merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Sebelum ini, Sekratariat UMNO menerima tujuh borang pencalonan bagi jawatan presiden, tiga borang pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dan sembilan borang bagi jawatan naib presiden.
Dalam senarai calon yang dimuat naik dalam laman web UMNO pada Khamis, parti itu turut menyenaraikan 106 calon yang akan bertanding merebut 25 jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi termasuk beberapa penyandang dan nama besar dalam parti itu.
Antaranya ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Razali Ibrahim, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Datuk Seri Azlan Man.
Turut bertanding merebut jawatan itu ialah Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Datuk Seri Azlan Man, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Bung Moktar Radin.
Sebanyak dua calon pula akan bertanding bagi jawatan pengerusi tetap manakala 14 calon lagi merebut jawatan timbalan pengerusi tetap.
Sementara itu, tiga calon akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita iaitu Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun.
Seramai empat calon pula akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita, 81 calon bertanding jawatan anggota jawatankuasa, selain dua bagi jawatan pengerusi tetap dan empat bagi jawatan timbalan pengerusi tetap sayap itu.
Bagi Pergerakan Pemuda pula, seramai sembilan individu disenaraikan bertanding merebut jawatan itu termasuk Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, anggota Majlis Tertinggi Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, Ketua Pemuda Pahang Mohd Shahar Abdullah serta Ketua Bahagian Sungai Besar yang mencetuskan kontroversi Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sembilan calon pula bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, 184 calon bertanding untuk anggota jawatankuasa pergerakan itu, dua calon bagi jawatan pengerusi tetap dan tiga bagi jawatan timbalan pengerusi tetap.
Jawatan Ketua Pergerakan Puteri pula menyaksikan persaingan di antara Naib Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dan exco Puteri Nor Hazreena Mohamad Hashim.
Seramai lima calon lain akan merebut jawatan naib ketua, 71 calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan pengerusi tetap.
Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Salbiah Saari selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Ibu Pejabat parti telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.
"Senarai calon-calon peringkat Pusat, yang telah disemak oleh pihak insolvensi dan mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding, boleh dimuat turun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018.
"Bagi senarai peringkat Bahagian boleh merujuk terus kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri atau Bahagian masing-masing. Selamat bersidang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 21 2018

Ibu Pejabat UMNO telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kali ini. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.

MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.

PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.

PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.

Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.

PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.

DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.

PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.