Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di laluan mudah untuk memenangi jawatan Presiden PKR.
Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, perkiraannya mudah kerana jika Anwar mahu bertanding jawatan berkenaan, sudah tentulah penyandang yang juga merupakan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memberi laluan.
Katanya, sudah semestinya mereka suami isteri akan berbincang terlebih dahulu, sebelum keputusan itu diambil Anwar (bertanding jawatan Presiden).
"Cuma yang menjadi isunya, apakah Anwar nak bertanding akan ada pencabar? Saya rasa siapa hendak cabar?
"Cabarlah, itukan PKR, yang mengamalkan sikap demokratik sama ada Datuk Seri Mohamed Azmin hendak cabar, itu semua boleh berlaku," katanya kepada Sinar Harian.
BACA: Anwar tawar diri jadi Presiden PKR
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Anwar yang menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti PKR yang akan diadakan November ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Agus menegaskan bahawa 'tiada pencabar yang paling setara untuk menentang Anwar ketika ini'.
"Siapa nak mencabar Anwar dalam masa ini, saya fikir Anwar akan dapat laluan mudah sebab orang ramai masih melihat beliau sebagai satu institusi.
"Anwar bukanlah sebagai calon tetapi institusi PKR, ini bermakna kalau nak cabar Anwar ketika ini bermakna ia cabar institusi," katanya.
Katanya, Anwar mengambil keputusan yang sangat tepat untuk bertanding jika beliau mahu terlibat secara aktif dalam arena politik tanah air.
"Anwar tak wajar kalau nak teribat dalam politik selepas ini menjadi ketua umum yang tak ada kuasa eksekutif. Sekarang beliau bertanding jawatan presiden, ok lah," katanya.
Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, mustahil untuk melihat ada wakil yang akan mencabar Anwar untuk jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu.
Menurutnya, status Anwar selaku individu paling berpengaruh dalam PKR sukar untuk digugat apatah lagi beliau umpama bapa kepada semua ahli dalam parti itu.
"Selepas 20 tahun, barulah beliau melihat untuk cuba menjawat kedudukan rasmi dalam parti, selain ini merupakan jawatan pertama beliau. Jadi, saya tidak fikir beliau akan ditentang oleh orang lain.
"Dalam masa sama, ahli lain akan melihat beliau sebagai orang cukup penting kerana jika tiada Anwar, maka tiadalah parti ini sekarang," katanya.
Mengulas lanjut, kata Sivamurugan, keputusan Anwar untuk bertanding itu juga wajar memandangkan beliau bakal dilantik sebagai perdana menteri.
"Cuma yang menjadi persoalan sekarang, apakah jawatan yang akan dipegang oleh Wan Azizah," katanya.
Beliau berkata, Wan Azizah perlu ada jawatan dalam PKR kerana beliau kini adalah timbalan perdana menteri.
"Wan Azizah juga tidak boleh turun pangkat ke jawatan yang lebih rendah daripada presiden. Mahu tidak mahu, PKR kena wujudkan satu lagi jawatan yang setara dengan jawatan Presiden untuk diberikan kepada Wan Azizah," katanya.
Sinar Harian
Mon Jul 16 2018

Menurut penganalisis politik, orang ramai melihat Anwar sebagai satu institusi. - BERNAMA/Fail
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.