Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik kandungan dokumen Kertas Putih Felda malam tadi, satu perbuatan yang serius dan harus diambil tindakan.
Dokumen tersebut diklasifikasi embargo sehingga pagi tadi.
“Dia bukan wakil rakyat yang baharu dilantik, tetapi bekas Perdana Menteri. Dia tidak mengambil kira peraturan-peraturan percetakan sesuatu kertas yang diembargo.
“Kita pandang serius perkara ini dan kita akan ambil tindakan supaya ia akan menjadi peringatan bahawa tidak ada sesiapa yang lebih tinggi daripada peraturan,” tegasnya.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan telah memfailkan usul kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof untuk mengambil tindakan terhadap Najib susulan tindakannya itu.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan bekas perdana menteri itu tidak berani untuk berdepan beliau di dalam Parlimen.
Mohamed Azmin berkata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hanya berani bersuara di laman sosial.
“Saya nak jawab YB Jeli (Datuk Seri Mustapa Mohamad), secara tidak langsung menjawab (soalan) YB Pekan (di media sosial). Nak buat apa, dia tak berani nak datang Dewan (Rakyat).
“Tidak ada kejantanan untuk berdepan dengan Gombak dalam Parlimen,” katanya di Dewan Rakyat sewaktu menggulung Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (Felda)’.
BACA: 'Najib, datang Parlimen.. jangan jadi ahli Facebook' - Azmin
Mohamed Azmin dalam sidang media tengah hari tadi meminta supaya Najib hadir ke Parlimen dan akan menjawab persoalan yang dibangkitkan Najib di laman sosialnya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 10 2019
TUN M: Dia bukan wakil rakyat yang baharu dilantik, tetapi bekas Perdana Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Hadir Sidang Dewan Rakyat: Najib fail permohonan cabar keputusan Jabatan Penjara
Najib menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden.
Usia 69 tahun sekadar angka - Najib
Ujar Najib, ia bergantung kepada bagaimana individu itu mahu memastikan sejauh mana dia mampu menjaga kesihatan fizikal dan mindanya.
Uji mereka, beri peluang orang muda pimpin UMNO - Najib
Namun, katanya lagi, sebelum itu pun boleh dilakukan, golongan muda perlu melalui ujian-ujian tertentu dahulu.
"Saya sudah beri amaran inflasi" - Najib
Langkah-langkah dan dasar proaktif perlu dilaksanakan untuk meredakan tekanan serta menstabilkan harga untuk jangka pendek terutama membabitkan makanan.
Najib, UMNO peroleh kembali aset yang disita bernilai RM114 juta
Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.
Rayuan Najib dalam kes SRC selesai, Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar rayuan Datuk Ser Najib Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Langgar SOP: Polis Langkawi siasat Tun Mahathir
Pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.
Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah 'dikacau' sejak pagi tadi.
Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Selasa cukup dirasai ramai pihak.
Belanjawan 2021: Najib bukan lawan PKR, kata AMK
Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bukan lawan PKR dalam isu perbahasan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya baru-baru ini.