PKR memecat Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ramli kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Selain itu, parti berkenaan juga mengambil tindakan menggantung keanggotaan enam lagi sementara seorang diberi amaran keras atas kesalahan sama.
"Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Biro Politik pada 10 Julai lalu yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan, di sini malam ini.
Beliau berkata mereka yang digantung keanggotaan selama dua tahun ialah lima ketua cabang iaitu Audanan Talib (Tapah), Id Azalan Shah Banyamin (Lenggong), Mejar Kaha Othman (Gerik), Kapten (B) Usaili Alias (Parit) dan Mohd Khair Mohd Zainal (Kuala Kangsar).
Turut digantung keanggotaan selama dua tahun ialah anggota Angkatan Muda Pulau Pinang Shamugam Marimuthu manakala Ketua Cabang Padang Rengas Alias Ibrahim diberi amaran keras.
"Berikutan keputusan ini, semua nama yang berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti pada semua peringkat," kata Fahmi.
Bagaimanapun beliau berkata kesemua mereka boleh membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan tersebut menurut Fasal 42 Perlembagaan parti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018

PKR memecat Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ramli kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tiada kem sesiapa, yang ada hanya pasukan UMNO - Ahmad Maslan
Ahmad berkata beliau dan Ahmad Zahid yakin tiada perpecahan yang berlaku dan yang ada kini hanyalah pasukan UMNO.

Lapan ahli PKR kena tindakan langgar peraturan parti semasa PRU14
PKR memecat Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ali kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Tiada keperluan mendesak ambil tindakan terhadap Muhyiddin - Annuar
Tumpuan parti terarah kepada hal-hal parti yang disifatkan lebih penting.