UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Debat Presiden UMNO 2018

Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan tiga calon Presiden UMNO dalam program #DebatAWANI jam 9.30 malam ini.

Astro Awani
Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan tiga calon Presiden UMNO dalam program #DebatAWANI jam 9.30 malam ini.

Video penuh Debat Presiden UMNO 2018

Fri Jun 29 2018

Sidang media pasca debat KJ

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI Khairy turut bertemu wakil media sejurus selesai siaran langsung debat. pic.twitter.com/2unD0odsLR

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Sidang media pasca debat Ku Li

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI Tengku Razaleigh meluangkan masanya untuk bertemu wakil media yang hadir bagi menjawab beberapa soalan. pic.twitter.com/v7q2rBtA2u

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Penggulungan KJ

Fri Jun 29 2018

Saya nak guna peluang ini, kalau saya tak terpilih jadi presiden hari esok, ini pertandingan keluarga, saya taat setia kepada parti hendak bina umno dan tak ke mana.

Esok perwakilan ada saat penting untuk UMNO dan negara, perwakilan jangan tak pedulikan suara rakyat, nak kembalikan kepercayaan, buat perubahan.

Agar kita mampu buat transformasi, kita mengejar kebaikan bukan kekayaan dan pangkat.

Presiden tak ada beri apa kecuali kembali ke tampuk kepimpinan kerajaan

Bekerja sepanjang hayat saya, nak kembalikan kepercayaan, walau apapun cai atau habuan, tolak ke tepi, guna suara hati UMNO dinamik.

Kita perlu beri nafas baharu kepada UMNO - Zahid

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI

Zahid - Saya yakin dengan kesinambungan dan tidak bermakna kita tidak mampu melakukan perubahan. Kita perlu sama-sama memberikan nafas baru kepada UMNO. Kita perlu merakyatkan UMNO. Saya berjanji untuk melaksanakan manifesto untuk masa depan cemerlang.

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Perubahan perlu dibuat dalam tempoh sepenggal - Ku Li

Fri Jun 29 2018

Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan kenapa beliau menawarkan diri untuk menjadi presiden UMNO untuk satu penggal sahaja kerana pertandingan ini cuma untuk tempoh tiga tahun.

Katanya, jika pada pemilihan akan datang, diminta untuk terus mempertahankan jawatan, maka beliau akan menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi.

"Kita cuba buat perubahan dalam tempoh sepenggal ini, dan kalau sekiranya saya dimintak bertanding lagi maka saya akan tawarkan diri untuk bertanding lagi," katanya.

UMNO tidak bersalah, kepimpinan yang bersalah - KJ

Fri Jun 29 2018

[VIDEO]: UMNO tidak bersalah. Kepimpinan yang bersalah. - @khairyKJ#AWANIbyte #UMNOPilihSiapa #DebatAWANI pic.twitter.com/vTd2Czx1yX

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Kembalikan kekuatan UMNO - KJ

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI

KJ - Satu pilihan yang sangat penting untuk parti dan negara. Kembalikan kepercayaan rakyat. Buat satu perubahan besar untuk kita mampu melakukan transformasi yang lebih besar. Tidak perlu kejar pangkat, kuasa. Kembalikan kekuatan UMNO. UMNO yang segar dan wibawa.

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Kredibiliti dan integriti perlu diperbaik - Ku Li

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI

Ku Li - Bangkit semangat perjuangan, tugas penuh tanggungjawab, UMNO kekal relevan dan orang-orang muda menantikan apa yang akan dilakukan oleh UMNO.

Kredibiliti dan integriti perlu dibaiki.Perlu dijaga dan diteliti untuk UMNO kekal relevan.

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

100 lagi Shahril Hamdan - KJ

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI

KJ - Saya mahu melahirkan 100 lagi Shahril Hamdan. Bila sudah hebat, kita akan letak mereka sebagai calon. Kita perlu beri peluang kepada anak muda, wanita untuk bergandingan dengan yang veteran.

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

Apa langkah drastik KJ untuk mendekatkan anak muda kepada UMNO

Fri Jun 29 2018

Saya akan buat pengkaderan, saya nak lahirkan 100 Asyraf Wajdi, 100 lagi Shahril, baru nampak hebat

Baru anak muda rasa mereka ada idola.

Bila sudah hebat, letaklah sebagai calon, letaklah jadi calon PRU.

Kenapa Ku Li mahu jadi Presiden UMNO sepenggal sahaja jika ditakdirkan menang?

Fri Jun 29 2018

"Saya mahu jadi presiden selama sepenggal kerana pertandingan ini sepenggal; kalau perlu sambung, saya akan sambung lagi.

Kalau ada program tertentu kita lakukan dalam masa tiga tahun untuk perubahan dalam UMNO dan masyarakat.

Tak keterlaluan nak khidmat tiga tahun, tak boleh lebih dari itu."

Orang muda perlu diberi peluang - Ku Li

Fri Jun 29 2018

Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat orang muda diberi peluang dengan memberi tugas-tugas tertentu untuk menguji ketahanan mereka.

Katanya, ketika di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, orang muda sentiasa diberi peluang untuk memikul tanggungjawab.

"Mereka mahu melihat sejauh mana orang muda dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pemimpin.

"Kami orang muda pula akan berusaha melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan kami," katanya.

Penggulungan Datuk Seri Ahmad Zahid

Fri Jun 29 2018

Saya yakin soal kesinambungan di mana kita harus naik ikut tangga.

Saya yakin kalau mandat diberi, saya pasti akan membawa siapa sahaja di kalangan kita bertiga untuk bersama beri nafas baru kepada UMNO.

Perubahan yang merakyatkan, malam ini dan esok waktu sesuai gamit sokongan dan dokongan

Saya yakin manifesto Ku Li dan KJ, perwakilan akan buat perbandingan.

Saya yakin, saya ada 15 manifesto cukup komprehensif

Saya akan laksanakan semuanya.
Saya lihat ia sebagai Aku Janji, 15 perkara ini termasuk untuk merakyaktkan UMNO dan melibatkan akar umbi dalam keputusan dasar.

Kebertanggungjawapan , saya yakin rakan-rakan timbalan, naib presiden dan MT akan bersama untuk lihat semula. Kita harus masa hadapan lebih cemerlang untuk semula.

Bagaimana Datuk Seri Ahmad Zahid melihat cara menguasai revolusi industri 4.0?

Fri Jun 29 2018

"Kita tahu bahawa industri 4.0 adalah gelombang dan kita tak boleh elakkan.

Kita tengok dalam kepimpinan negara, ia turut diperhebatkan, dalam transformasi 2050, aspek ini bukan hanya difikirkan dalam aspek tertentu tapi aspek pendidikan, bakat dan minda serta ciptaan baru telah diajak kerajaan.

Kerajaan ada sekarang perlu beri kesinambungan program ini, kita lihat dunia tidak boleh dielakkan untuk melakukan perkara ini.

Kita harus menunjukan ada ahli profesional hafal al Quran, termasuk ciptaan baru anak muda harus diiktiraf di peringkat antarabangsa."

Pemimpin UMNO sombong, rakyat jadi marah - Ku Li

Fri Jun 29 2018

Tengku Razaleigh Hamzah menyalahkan sikap pemimpin UMNO yang sombong dan sukar didekati rakyat menjadi punca kekalahan parti itu pada PRU14 yang lalu.

Katanya, ramai dikalangan rakyat memberitahu beliau tentang sikap pemimpin UMNO yang diliaht elitis dan sukar didekati.

"Jika kita terus dengan perangai ini, kita tidak boleh bawa perubahan untuk UMNO," katanya.

Rakyat hukum kepimpinan UMNO yang tidak lagi sensitif isu moral, politik wang - Zahid

Fri Jun 29 2018

"Saya lihat apa yang harus dilakukan muhasabah dan tentu kedua-dua yang di studio ada komitmen.

"Kita harus ke hadapan, melihat beberapa penyesuaian harus dilakukan kita semua.

"Di peringkat akar umbi dan pertengahan kena ada suara harus didengar peringkat atasan; kalau pilih tokoh dari segi material, UMNO akan hancur semula."

Zahid setuju kepimpinan UMNO sejak 2013 perlu dipertanggungjawabkan atas hilang kepercayaan rakyat?

Fri Jun 29 2018

"Kita harus melihat realiti yang ada di hadapan kita, analisis itu menunjukkan undi popular adalah 46 peratus.

Prestasi kita baik, kegagalan berlaku kepada rakan-rakan komponen yang ada tiga kerusi sahaja di Semenanjung.

Kita percaya soal kebersamaan dari segi kebertanggungjawapan

Ini soal kolektif, tanggungjawab bersama

Kita lihat sesuatu perubahan kita lakukan, kalau terus tuding jari kita tidak akan dapat titik persamaan tetapi perbedaan.

Pendekatan kita perlu, harus ada kebijaksanaan dan harus berusaha dalam banyak hal, dari segi memberikan kuasa soal pemilihan calon, bukan soal siapa dicadangkan bahagian.

Kita perlu merakyatkan UMNO, kena ada maklum balas siapa winnable dan bukan cable.

Ini harus difikirkan dan beberapa kesilapan kita lakukan hendaklah diperbaiki,
Apabila ada sabotaj, ini harus dilihat dengan tulus.

Saya yakin rakan-rakan di cawangan dan bahagian, bila tak dapat jadi calon, mereka rasa kecil hati.

Perubahan masa hadapan perlu dilakukan, jika ia dilakukan, akar umbi, saya yakin rakyat akan terima mereka supaya kemenangan memihak pada PRU15 nanti."

KJ ulangi UMNO tewas kerana kesilapan pemimpin

Fri Jun 29 2018

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi menyalahkan pucuk pimpinan parti sebagai punca UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas teruk pada PRU14 yang lalu.

Katanya, UMNO dan BN tidak bersalah akibat penolakan rakyat pada PRU14 yang lalu sebaliknya beliau mengakui kesilapannya kerana melindungi pucuk pimpinan parti.

"Saya akui melakukan kesilapan kerana tidak menyampaikan kebenaran kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya mohon maaf kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat saya telah gagal," katanya di program Debat Presiden AWANI 2018 malam ini,


Ini zaman politik hujah bukan personaliti - Khairy

Fri Jun 29 2018

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan politik mutakhir ini bukan lagi melihat kepada personaliti tetapi rakyat akan melihat hujah-hujah yang diberikan oleh pemimpin parti.

Justeru, beliau berkata untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, rakyat akan melihat sejauh mana kemampuan pemimpin UMNO akan memberi idea atau hujah.

"Politik sekarang adalah politik hujah lawan hujah, idea lawan idea bukan lagi politik personaliti," katanya di Program Denat Presiden UMNO 2018 malam ini.

Selaku Presiden UMNO, yang juga bakal 'shadow' PM, Apakah kelebihan Datuk Seri Ahmad Zahid untuk menewaskan kelicikan Tun M dan Anwar?

Fri Jun 29 2018

Saya ada pengalaman berkhidmat bersama Tun M dan Anwar dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Dan saya memahami tindakan, strategi, taktik mereka.

Saya ada rasa hormat, pendekatan saya, saya tidak akan guna konfrantasi

Kita tahu kedua-dua mereka datang dari UMNO, daya pemikiran mereka acuan UMNO, kita tahu, saya boleh baca sekilas ikan di air, jantan betinanya.

Dua perubahan paling drastik yang akan Ahmad Zahid laksanakan sebagai Presiden UMNO?

Fri Jun 29 2018

Saya fikir perkara utama adalah apakah sesuatu baru yang kita tawarkan kepada UMNO.

Kita harus merungkai permasalahan dalam UMNO apabila UMNO pernah ditubuhkan 1946 (1.0) dan apabila diharamkan pada 1988 (2.0).

Kini UMNO 'new deal' kita 3.0, pada masa sama BN juga harus dijenamakan semula.

Keterangkuman ini harus dijalankan, saya mahu kita lihat bahawa isi kandungan UMNO, dari segi struktur, roh serta perlakuan semangat.

Balik kembali ke asas lihat perkara termaktub, Perlembaaan harus diperkukuhkan.

Ada yang pertikai agama Islam sebagai agama Persekutuan, Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ini harus diperkasakan, saya fikir roh UMNO perlu dikembalikan.

Jangan buka UMNO kepada bukan Melayu.

Jika parti kuat, siapa pun kita boleh berdepan - Ku Li

Fri Jun 29 2018

Tengku Razaleigh Hamzah menekankan kepentingan untuk mengukuhkan parti berbanding memikirkan kelebihan untuk berdepan kelicikan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selepas kita melakukan pembaharuan, siapa sahaja kita boleh berdepan," katanya di program debat Presiden UMNO 2018 malam ini.

UMNO perlu ada keterbukaan - Khairy

Fri Jun 29 2018

Sementara seorang lagi calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin mahu melakukan keterbukaan dalam parti dengan menarik bakat-bakat baharu.

Dalam program Debat Presiden UMNO 2018 berkata jika dipilih sebagai Presiden UMNO, beliau mahu menubuhkan majlis pengkaderan untuk menarik orang muda.

"Saya akan jemput cerdik pandai, agamawan dan golongan profesional untuk beri idea," katanya.

#DebatAWANI bermula!

Fri Jun 29 2018
#DebatAWANI bermula!

#DebatAWANI bermula!

Fri Jun 29 2018
#DebatAWANI bermula!

Ku Li mahu suara akar umbi lebih didengari

Fri Jun 29 2018

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mahu suara akar umbi UMNO lebih didengari dan boleh beri pandangan kepada pimpinan parti.

"Sejak sekian lama, ahli-ahli UMNO dikongkong dari memberi pandangan kepada pimpinan UMNO, jadi saya mahu ubah perkara ini," katanya ketika sesi Debat Presiden UMNO 2018 malam ini.

YB KJ kini cukup bersedia di studio Astro AWANI

Fri Jun 29 2018

#DebatAWANI YB @Khairykj telah tiba dan kelihatan cukup bersedia untuk berwacana dalam suasana mesyuarah kekeluargaan UMNO. pic.twitter.com/HQN1wLO3i4

— Astro AWANI #MalaysiaBaharu (@501Awani) June 29, 2018

UMNO boleh kembali kuat jika... - Ku Li

Fri Jun 29 2018

Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti itu boleh bangkit menjadi parti yang kuat sekiranya anggota akar umbinya bersedia membuat pembersihan dan perubahan.

Pemimpin veteran berusia 81 tahun itu berkata pada hakikatnya kerosakan yang dialami UMNO bukanlah 'terlalu teruk', sebaliknya ia memerlukan nafas baharu bagi meneruskan kelangsungan sebagai parti yang kredibel dan berintegriti.

LANJUT DI SINI

Ini seruan Ku Li buat anak muda

Fri Jun 29 2018

Zahid Hamidi janji akan bangkitkan UMNO semula

Fri Jun 29 2018

Rayuan Khairy Jamaluddin yang ingin bawa perubahan dalam UMNO

Fri Jun 29 2018

Zahid Hamidi juga bentang manifesto melalui Facebook

Fri Jun 29 2018

Ini pula pembentangan manifesto oleh Ku Li

Fri Jun 29 2018

Ini manifesto yang dibentangkan oleh Khairy Jamaluddin

Fri Jun 29 2018

Ku Li, KJ dan Zahid antara lima calon jawatan Presiden UMNO

Fri Jun 29 2018

Mereka ialah Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.

BACA: Ku Li, KJ dan Zahid antara lima calon jawatan Presiden UMNO

Zahid akan bersiaran secara langsung dari Bagan Datuk untuk Debat AWANI

Fri Jun 29 2018

Zahid setuju debat Presiden UMNO di Astro AWANI 29 Jun ini

Fri Jun 29 2018

Zahid berkata debat yang akan disiarkan di Astro AWANI itu bukan bertujuan memecah belahkan UMNO tetapi atas landasan ilmu.

Namun, Zahid meletakkan syarat agar beliau dibenarkan untuk bersiaran dari Bagan Datuk bersama penyokongnya.

BACA: Zahid setuju debat Presiden UMNO di Astro AWANI 29 Jun ini

Ku Li sedia berdebat dengan Zahid dan KJ

Fri Jun 29 2018

Ku Li sedia berdebat dengan Zahid, KJ

Fri Jun 29 2018

Tan Sri Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li berkata, beliau bersedia untuk menjawab apa sahaja pertanyaan dari dua lagi calon jawatan presiden UMNO atau wakil mereka dalam sesi debat tersebut.

Beliau juga berharap Zahid dan Khairy juga sanggup untuk berdebat dan memberi penjelasan atas apa yang dibangkitkan.

BACA: Pemilihan UMNO: Ku Li sedia berdebat dengan Zahid, KJ

'Sure, why not?' - KJ sedia berdebat, isytihar harta

Fri Jun 29 2018

Tambahnya, perdebatan dapat merancakkan lagi keampuhan demokrasi yang bukan sahaja dalam parti tetapi politik Malaysia.

BACA: 'Sure, why not?' - KJ sedia berdebat, isytihar harta

Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini

Fri Jun 29 2018

Dua calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bakal berdebat di saluran 501 Astro AWANI.

Pegawai kepada kedua-dua tokoh telah menyatakan persetujuan untuk hadir di program 'Debat Presiden UMNO' yang dijadual berlangsung selama sejam bermula 9.30 malam, 29 Jun ini.

Cadangan untuk berdebat muncul selepas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam temu bualnya bersama AsTengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li berkata, beliau bersedia untuk menjawab apa sahaja pertanyaan dari dua lagi calon jawatan presiden UMNO atau wakil mereka dalam sesi debat tersebut.

Cadangan tersebut kemudian disambut baik oleh Khairy dan ia dinyatakan di dalam sidang media khas beliau petang tadi.tro AWANI menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO, Zahid dan Khairy Jamaluddin bagi menjawab semua persoalan yang berbangkit.

BACA: TERKINI! Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini

Debat Presiden UMNO 2018

Fri Jun 29 2018

Debat AWANI Presiden UMNO eksklusif di Astro AWANI malam ini!

Fri Jun 29 2018

Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan tiga ikon politik negara, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam program #DebatAWANI bersempena pemilihan Presiden UMNO pada Sabtu, 30 Jun 2018.

Siapakah pemimpin UMNO yang akan diketengahkan untuk menyaingi ketokohan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilhanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti?

#DebatAWANI bakal berlangsung dari jam 9.30 malam ini di Saluran 501 Astro AWANI, Live TV dan FB Live kami!

BACA: Debat AWANI: Ku Li - Khairy eksklusif di Astro AWANI 29 Jun ini!

BACA: Zahid setuju debat Presiden UMNO di Astro AWANI 29 Jun ini

#Ahmad Zahid Hamidi#DebatAWANI#Hairy Jamaluddin#ikon politik#Tengku Razaleigh Hamzah
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.